Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : TechLife Wireless Buds+ 2 & Smart Watch L2 : Melengkapkan Ekosistem Pintar TechLife Dengan Audio Imersif Dan Gaya Hidup Lebih Aktif

ULASAN : TechLife Wireless Buds+ 2 & Smart Watch L2 : Melengkapkan Ekosistem Pintar TechLife Dengan Audio Imersif Dan Gaya Hidup Lebih Aktif 1

ULASAN : TechLife Wireless Buds+ 2 & Smart Watch L2 : Melengkapkan Ekosistem Pintar TechLife Dengan Audio Imersif Dan Gaya Hidup Lebih Aktif 2

Pengenalan

Selepas memperkenalkan TechLife Pad Plus 2, TechLife Malaysia turut memperkenalkan dua aksesori pintar baharu yang menjadi pelengkap kepada ekosistem produk TechLife iaitu TechLife Wireless Buds+ 2 dan TechLife Smart Watch L2.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan fokus yang berbeza tetapi saling melengkapi. TechLife Buds+ 2 direka untuk pengguna yang mahukan pengalaman audio tanpa wayar dengan ciri moden seperti Active Noise Cancellation (ANC), Bluetooth 6.0 dan mod permainan, manakala Smart Watch L2 pula memberi tumpuan kepada pemantauan kesihatan, kecergasan serta fungsi pintar harian.

Menariknya, kedua-dua aksesori ini membawa ciri yang biasanya dikaitkan dengan produk lebih premium, tetapi ditawarkan dalam kategori harga yang lebih mampu milik. Ini menunjukkan usaha TechLife untuk membina ekosistem peranti yang lebih lengkap untuk pengguna harian.

ULASAN : TechLife Wireless Buds+ 2 & Smart Watch L2 : Melengkapkan Ekosistem Pintar TechLife Dengan Audio Imersif Dan Gaya Hidup Lebih Aktif 3

Reka Bentuk

Dari segi reka bentuk, TechLife Wireless Buds+ 2 hadir dengan gaya minimalis dan moden yang sesuai digunakan dalam pelbagai situasi. Rekaan jenis in-ear bersama tangkai kecil bukan sahaja memberikan penampilan yang kemas, malah membantu memastikan ia lebih stabil ketika digunakan untuk tempoh yang panjang.

Bekas pengecasnya pula menggunakan rekaan kompak yang mudah dibawa ke mana-mana. Saiznya yang kecil menjadikan ia praktikal untuk disimpan dalam poket atau beg, sesuai untuk pengguna yang sering bergerak. Ianya tampil didalam warna Black yang berkilat yang sedikit sebanyak mungkin mendedahkan kesan capjari atau calar dengan lebih jelas namun pilihan yang lebih selamat adalah warna Cream

ULASAN : TechLife Wireless Buds+ 2 & Smart Watch L2 : Melengkapkan Ekosistem Pintar TechLife Dengan Audio Imersif Dan Gaya Hidup Lebih Aktif 4

Beralih kepada TechLife Smart Watch L2, jam pintar ini tampil dengan rekaan berbentuk segi empat yang menyerlahkan gaya moden. Ia dilengkapi skrin paparan berukuran 2.02-inci yang  lebih luas untuk melihat notifikasi, data kesihatan dan pelbagai maklumat lain.

Selain itu, jam tangan pintar mempunyai berat  sekitar 47 gram bersama tali, menjadikannya selesa dipakai sepanjang hari. Kemasan keseluruhan memberikan penampilan yang sesuai digunakan untuk aktiviti kerja mahupun bersukan.

ULASAN : TechLife Wireless Buds+ 2 & Smart Watch L2 : Melengkapkan Ekosistem Pintar TechLife Dengan Audio Imersif Dan Gaya Hidup Lebih Aktif 5

Tambahan pula, ianya juga tampil dengan sokongan IP68 memberikan perlindungan terhadap habuk dan percikan air, menjadikan Smart Watch L2 lebih praktikal untuk kegunaan harian.

ULASAN : TechLife Wireless Buds+ 2 & Smart Watch L2 : Melengkapkan Ekosistem Pintar TechLife Dengan Audio Imersif Dan Gaya Hidup Lebih Aktif 6

Ciri-ciri Utama

TechLife Wireless Buds+ 2 – Audio Lebih Imersif Dengan ANC Dan Bluetooth 6.0

Salah satu kelebihan utama TechLife Wireless Buds+ 2 ialah sokongan Bluetooth 6.0, yang menawarkan sambungan lebih stabil dengan penggunaan tenaga yang lebih efisien. Ini membantu memberikan pengalaman mendengar yang lebih lancar dengan gangguan sambungan yang minimum.

Ia turut menyokong fungsi auto-connect, di mana fon telinga boleh terus bersambung dengan peranti apabila dikeluarkan daripada sarung pengecas. Ciri ini memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah tanpa perlu membuat sambungan secara manual setiap kali.

ULASAN : TechLife Wireless Buds+ 2 & Smart Watch L2 : Melengkapkan Ekosistem Pintar TechLife Dengan Audio Imersif Dan Gaya Hidup Lebih Aktif 7

Untuk pengalaman audio, TechLife Wireless Buds+ 2 menggunakan pemacu audio dinamik 13mm yang membantu menghasilkan bunyi lebih bertenaga. Pemacu yang lebih besar ini memberikan bass yang lebih padu, vokal yang lebih jelas serta pengalaman mendengar yang lebih seimbang untuk muzik dan filem.

Selain itu, ciri 360° audio immersion memberikan pengalaman bunyi yang lebih luas dan lebih mengasyikkan.

Pengguna juga boleh memilih beberapa mod mengikut keperluan:

  • Active Noise Cancellation (ANC) – membantu mengurangkan bunyi persekitaran.
  • Transparency Mode – membolehkan pengguna kekal mendengar bunyi sekeliling.
  • Ultra-Low Latency Game Mode – mengurangkan kelewatan audio ketika bermain permainan.
  • Hi-Fi Music Mode – memberikan pengalaman muzik yang lebih terperinci.

Kawalan sentuhan pula memudahkan pengguna mengawal muzik, menjawab panggilan, menukar mod audio atau mengaktifkan pembantu suara dengan lebih pantas.

ULASAN : TechLife Wireless Buds+ 2 & Smart Watch L2 : Melengkapkan Ekosistem Pintar TechLife Dengan Audio Imersif Dan Gaya Hidup Lebih Aktif 8

TechLife Smart Watch L2 – Pembantu Pintar Untuk Aktiviti Harian

Untuk Smart Watch L2 pula, fokus utama sudah pastinya adalah kepada gaya hidup lebih aktif. Skrin 2.02-inci dengan kecerahan sehingga 600 nits memastikan paparan lebih jelas walaupun digunakan di luar.

Dari aspek kesihatan dan kecergasan, jam pintar ini menawarkan fungsi pemantauan seperti kadar degupan jantung, rekod aktiviti harian dan pemantauan senaman.

Dengan sokongan lebih daripada 110 mod sukan, pengguna boleh merekod pelbagai aktiviti fizikal mengikut rutin masing-masing.

Selain fungsi kecergasan, Smart Watch L2 turut hadir dengan ciri pintar seperti:

  • Bluetooth Calling untuk membuat dan menerima panggilan terus melalui jam.
  • AI Voice Assistant untuk akses arahan suara.
  • Weather Update untuk melihat maklumat cuaca.
  • Music Control untuk kawalan muzik tanpa perlu membuka telefon.
  • Pelbagai pilihan watch face untuk disesuaikan mengikut gaya pengguna.

Gabungan fungsi ini menjadikan Smart Watch L2 lebih daripada sekadar jam melihat masa, tetapi sebagai teman pintar untuk kegunaan harian.

ULASAN : TechLife Wireless Buds+ 2 & Smart Watch L2 : Melengkapkan Ekosistem Pintar TechLife Dengan Audio Imersif Dan Gaya Hidup Lebih Aktif 9

Jangka Hayat Bateri

Bagi TechLife Wireless Buds+ 2 , gabungan bateri pada fon telinga dan sarung pengecas memberikan fleksibiliti untuk penggunaan harian. Ia sesuai digunakan untuk mendengar muzik, menonton video, membuat panggilan atau ketika dalam perjalanan tanpa perlu kerap dicas.

Untuk Smart Watch L2 pula, ia hadir dengan bateri 300mAh yang mampu bertahan sekitar 7 hingga 10 hari bergantung kepada corak penggunaan.

ULASAN : TechLife Wireless Buds+ 2 & Smart Watch L2 : Melengkapkan Ekosistem Pintar TechLife Dengan Audio Imersif Dan Gaya Hidup Lebih Aktif 10

Ketahanan bateri ini menjadi salah satu kelebihan utama kerana pengguna tidak perlu mengecas jam setiap hari. Bagi pengguna yang menggunakan fungsi asas seperti notifikasi, pemantauan kesihatan dan aktiviti harian, tempoh penggunaan ini memberikan pengalaman yang lebih praktikal.

ULASAN : TechLife Wireless Buds+ 2 & Smart Watch L2 : Melengkapkan Ekosistem Pintar TechLife Dengan Audio Imersif Dan Gaya Hidup Lebih Aktif 11

Penutup

Secara keseluruhan, TechLife Wireless Buds+ 2 dan TechLife Smart Watch L2 adalah pelengkap yang baik kepada ekosistem TechLife bersama TechLife Pad Plus 2.

TechLife Buds+ 2 menawarkan pengalaman audio yang lebih lengkap dengan sokongan ANC, Bluetooth 6.0, mod permainan dan audio imersif, manakala Smart Watch L2 pula membawa fungsi kesihatan, kecergasan serta ciri pintar dalam rekaan yang selesa.

Walaupun kedua-duanya berada dalam kategori mampu milik, TechLife berjaya menawarkan ciri yang memenuhi keperluan pengguna moden. Gabungan tiga peranti ini memberikan pilihan menarik kepada pengguna yang mahukan pengalaman teknologi lebih menyeluruh tanpa perlu beralih kepada produk pada harga lebih tinggi.

ULASAN : TechLife Wireless Buds+ 2 & Smart Watch L2 : Melengkapkan Ekosistem Pintar TechLife Dengan Audio Imersif Dan Gaya Hidup Lebih Aktif 12

Bagi pengguna yang mencari teman audio mampu milik, TechLife Wireless Earbuds+ 2 hadir dalam pilihan warna Black dan Cream dengan harga hanya RM79 manakala TechLife Smart Watch L2 ditawarkan pada harga RM229 dalam warna Black dan Titanium Silver.

ULASAN : TechLife Wireless Buds+ 2 & Smart Watch L2 : Melengkapkan Ekosistem Pintar TechLife Dengan Audio Imersif Dan Gaya Hidup Lebih Aktif 13

Menariknya,  19 Jun 2026 hingga 18 Julai 2026, pelanggan boleh mendapatkan TechLife Pad Plus 2 (6GB + 128GB), TechLife Smart Watch L2 Dan TechLife Wireless Earbuds+ 2 secara bersama pada harga promosi serendah RM999, berbanding nilai asal gabungan RM1,207.

Tawaran pakej terhad ini memberikan penjimatan sebanyak RM208, menjadikannya lebih mudah untuk pengguna menikmati set lengkap peranti pintar yang menyokong hiburan, produktiviti, komunikasi dan kecergasan dalam satu pakej mudah

TechLife Pad Plus 2, TechLife Smart Watch L2 dan TechLife Wireless Earbuds+ 2 boleh didapati melalui semua kedai rasmi realme serta platform rasmi TechLife dalam talian di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.