Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 13 Pro Series akan memiliki RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1

Xiaomi sedang bersedia untuk melancarkan Redmi Note 13 Pro Series tidak lama lagi dan maklumat terbaru mengenai telefon pintar ini yang didedahkan secara rasmi melalui akaun Weibo adalah ianya akan ditawarkan dengan RAM sehingga 16GB jenis LPDDR5 dan storan dalaman 512GB jenis UFS 3.1.

Spesifikasi ini adalah sesuatu yang biasanya digunakan pada peranti premium dan bukan pada peranti midrange.

Walaubagaimanapun, Xiaomi tidak mengesahkan samada jenis memori ini akan digunakan pada Note 13 Pro atau Note 13 Pro+ namun ianya hampir pasti untuk model Pro+ yang lebih premium. Ianya juga disahkan akan memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 120W manakala model Pro akan tampil dengan pengecasan 67W.

Selain itu, telefon pintar ini juga akan tampil dengan paparan yang flat iaitu bagi model Pro sahaja dan ianya juga memiliki bezel yang nipis iaitu hanya 2.27m.

Selain itu, telefon pintar Redmi Note 13 Pro Series ini juga telah disahkan akan dijana cip Snapdragon 7s Gen 2 yang telah diumumkan baru-baru ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.