Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pembesar suara Sonos Era 100 dan Era 300 kini di Malaysia – dari RM 1,599

Sonos secara rasmi telah memperkenalkan dua pembesar suara terbaru syarikat ini iaitu   Sonos Era 300 dan Sonos Era 100, pembesar suara generasi terkini yang telah membuka lembaran baharu dalam inovasi bunyi dan reka bentuk.

Sonos Era 300

Sonos Era 300 merupakan pembesar suara yang berkuasa dan revolusioner, dibina untuk menghasilkan pengalaman audio spatial yang terbaik dengan Dolby Atmos, manakala Era 100 merupakan penambahbaikan daripada Sonos One yang paling laris.

Dengan penalaan daripada barisan artis dan jurutera terkemuka dunia, siri Era ini memperkasakan pengalaman audio anda dengan ketersambungan yang diperluaskan bersertakan teknologi Trueplay.

Sonos Era 100

Sonos Era 300 dan Era 100 juga merupakan pembesar suara pertama yang dibina mengikut piawaian reka bentuk Sonos yang terbaharu. Piawaian ini merangkumi kebolehservisan jangka panjang, teknologi cekap tenaga dan penggunaan bahan kitar semula (PCR).

Sonos Era 300 (RM2,799) dan Era 100 (RM1,599) akan tersedia di pasaran global bermula  28 Mac 2023.

Pra-pesanan boleh dibuat di tcacoustic.asia pada 7 Mac, 10.00mlm dan Sonos Concept Store, The Starhill mulai 8 Mac.  

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.