Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Speaker Bluetooth Sonos Roam kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099

Speaker Bluetooth Sonos Roam kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 19
Sonos secara rasminya telah melancarkan pembesar suara mudah alih Sonos Roam yang merupakan pembesar suara paling kompak dan ‘termurah’ yang pernah dikeluarkan oleh syarikat ini.

Speaker Bluetooth Sonos Roam kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 20

Sonos Roam hadir dengan reka bentuk yang premium yang terdiri daripada dua amplifier class-H dan satu tweeter. Berat keseluruhan Sonos Roam adalah 0.43 kg.

Selain itu, Sonos Roam juga hadir dengan teknologi Trueplay yang menggunakan ciri yang mengesan keadaan persekitaran sebelum melaras bunyi yang dimainkan.

Speaker Bluetooth Sonos Roam kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 21

Sonos Roam mempunyai jangka hayat bateri sehingga 10 jam dengan satu pengecasan penuh yang mengambil masa sekitar 2.5 jam dan ianya juga menyokong pengecasan tanpa wayar magnetik (dijual berasingan) dan pengecas tanpa wayar Qi.

Lebih menarik, Sonos Roam juga boleh memainkan muzik melalui sambungan Wi-Fi (2.4GHz dan 5.0GHz) dan Bluetooth 5.0.

Speaker Bluetooth Sonos Roam kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 22

Sonos Roam juga hadir dengan pensijilan kalis air IP67 yang membolehkan ianya berada didalam air pada kedalaman 1 meter untuk tempoh 30 minit.

Speaker Bluetooth Sonos Roam kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 23
Sonor Roam akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 21 April 2020 pada harga RM 1,099 didalam dua kemasan matte iaitu Shadow Black dan Lunar White.

Pengecas tanpa wayar magnetik pula ditawarkan pada harga RM 239.

Anda boleh mendapatkan Sonos Roam di trysonos.my, Harvey Norman dan Lazada.

Maklumat lanjut mengenai Sonos Roam boleh diketahui di SINI

Speaker Bluetooth Sonos Roam kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 24Speaker Bluetooth Sonos Roam kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 25Speaker Bluetooth Sonos Roam kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 26Speaker Bluetooth Sonos Roam kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099 27

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.