Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ketua Pegawai Eksekutif HUAWEI kongsi gambar diambil dari P60 Pro

Ketua Pegawai Eksekutif HUAWEI, Richard Yu telah mengesahkan kewujudan HUAWEI P60 Series yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Richard Yu telah memuatnaik sebuah gambar yang diambil menggunakan HUAWEI P60 Pro pada akaun rasmi Weibo beliau dan imej ini dilihat diambil dari sensor telefoto yang dimiliki telefon pintar ini.

Sensor telefoto yang dimiliki HUAWEI P60 Pro adalah sensor 64MP OmniVision OV64B dengan 3.5x zoom optik dengan penapisan warna RYYB.

Selain itu, HUAWEI P60 Pro juga akan memiliki sensor utama 50MP IMX888, sensor ultrawide 50MP IMX858.

Dalam pada itu, telefon pintar flagship HUAWEI ini juga dikatakan akan tampil dengan skrin paparan QHD+ berukuran 6.6-inci dengan kadar segar semula 120Hz, bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 100W, Harmony OS 3.0 dan pensijilan IP68

Selain itu, hasil gambar yang diambil menggunakan HUAWEI P60 Pro ini kelihatan sangat menggagumkan kerana ianya bukan sahaja memiliki kadar dinamik yang baik untuk mengekalkan fokus pada struktur bangunan dan bulan dilatar belakang.

Akhir sekali, HUAWEI P60 Series dijangka akan dilancarkan pada bulan ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.