Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 12C kini di Malaysia pada harga RM 599

Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar kelas entry level Redmi 12C kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 599 sahaja.

Xiaomi Redmi 12C memiliki skrin paparan HD+ berukuran 6.71-inci, pemproses MediaTek Helio G85, dua pilihan RAM iaitu 4GB dan 6GB + 5G Extended RAaM bersama storan dalaman 128GB.

Selain itu, Xiaomi Redmi 12C juga memiliki satu sensor utama 50MP, satu sensor sampingan dan kamera selfie 5MP.

Dalam pada itu, Xiaomi Redmi 12C turut disertakan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 10W namun masih menggunakan slot microUSB, bicu audio 3.5mm dan slot microSD.

Xiaomi Redmi 12C kini ditawarkan untuk pra-tempahan   pada harga RM 599 bagi versi 4/128GB dan RM 699 bagi versi 6/128GB.

pembelian Xiaomi Redmi 12C versi 4/128GB semasa tempoh pra-tempahan akan menerima Redmi Buds 4 Lite secara percuma manakala pembelian selepas tempoh pra-tempahan akan menerima Xiaomi In-Ear Headphones Basic.

Dapatkan Xiaomi Redmi 12C di Lazada atau Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.