Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TC ACOUSTIC telah membuka kedai konsep Sonos pertama di Malaysia

TC Acoustic hari ini telah melancarkan pembukaan kedai konsep Sonos yang pertama  di Malaysia yang terleak di The Starhill, pusat membeli-belah ikonik di kawasan Kuala Lumpur yang terkenal, Bukit Bintang,

Kedai Konsep Sonos Concept oleh TC Acoustic yang direka berdasarkan TC Experience Centre di Singapura ini mempunyai ruang yang menawarkan pengguna pengalaman pelbagai deria untuk pelanggan mendalami sepenuhnya sistem bunyi Sonos yang mudah digunakan.

Tersembunyi dalam rekaan dalaman yang anggun dan kontemporari adalah bilik mendengar peribadi yang memberikan pelanggan dengan pengalaman teater rumah tanpa gangguan yang direka seperti mereka mendengar dari keselesaan ruang tamu mereka sendiri.

Bagi pemilik rumah yang serius untuk mewujudkan persekitaran akustik yang hebat untuk filem atau muzik di rumah, mereka juga boleh membawa pelan rumah mereka ke kedai dan mendapatkan perundingan peribadi dengan pakar audio mereka.

Khusus untuk Sonos dan Klipsch, kedai ini mempamerkan pelbagai pembesar suara jenama dari soundbar hingga pembesar suara bilik pintar. Dengan lebih daripada 2,800 Google Review 5 Bintang di bawah kendalian mereka, pelanggan di Malaysia kini boleh menikmati perkhidmatan TC Acoustic yang berjaya memenangi anugerah dan mendapat tempat pertama oleh firma penyelidikan antarabangsa Statista dan akhbar nasional Singapura, The Straits Times. Dengan skor hampir sempurna 9.9, ia meraih lebih daripada 1,600 peruncit bersama gergasi industri perkhidmatan terbesar seperti Apple dan Hyatt.

Bagi meraikan pembukaan besar-besaran kedai konsep Sonos, TC Acoustic akan memberikan 100 beg goodie untuk rakyat Malaysia yang mengunjungi kedai yang baru dilancarkan ini! Selain itu, TC Acoustic juga akan menganjurkan beberapa bengkel dan acara yang mendalam untuk peminat mereka seperti Sonos Hacks Workshops dan pengenalan kepada reka bentuk dalaman dan pengubahsuaian rumah pada bulan-bulan akan datang.

Lokasi kedai konsep Sonos adalah seperti berikut :

UG05, Upper Ground Floor, The Starhill, 181, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.