Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic5 Pro digunakan untuk rakam rekod dunia baharu bola keranjang

HONOR baru-baru ini bekerjasama dengan Guinness World Records untuk menguji salah satu ciri fotografi mudah alih paling dicari iaitu ciri kamera berkuasa AI pada siri HONOR Magic5 yang akan dilancarkan di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023 pada 27 Februari ini.

HONOR telah merakamkan momen memecahkan rekod dunia bola keranjang menggunakan kamera AI HONOR Magic5 Pro.

Pemain bola keranjang Poland, Piotr Grabowski berjaya mencipta rekod dunia dengan melakukan jaringan antara kaki paling tinggi dan detik ‘magis’ tersebut dirakam menggunakan HONOR Magic5 Pro.

Rakaman di sebalik tabir memaparkan keupayaan HONOR Magic5 Pro menangkap foto lompatan Grabowski dengan jelas dan terang tanpa memerlukan individu untuk mengawal shutter.

Ini membuktikan keupayaan fotografi AI merakam detik Grabowski melayang di udara dengan gaya menjaring.

HONOR Magic5 Pro: Revolusi Fotografi Mudah Alih AI

Fotografi mudah alih zaman kini sudah menjadi lumrah kehidupan seharian apabila pengguna mengangkap gambar apa sahaja di depan mata seperti makanan, haiwan peliharaan, percutian dan insan tersayang. Oleh sebab itu, HONOR berusaha untuk tampil dengan penyelesaian terbaik dengan menggabungkan perisian dan perkakasan, bermatlamat untuk memberi hasil rakaman gambar yang terbaik.

Tidak dinafikan penderiaan imej dan lensa yang bagus amat penting, namun perisian juga penting bagi mengetahui proses data yang dirakam oleh perkakasan. Oleh itu, banyak jenama telah berubah kepada penggunaan AI dalam ciri kamera bagi membantu pengguna memdapatkan gambar terbaik.

Penampilan sulung Siri HONOR Magic5 di MWC Barcelona 2023

Ciri kamera dikuasakan AI ini sememangnya dinanti-nantikan ramai berikutan mengetengahkan revolusi fotografi mudah alih. Inilah kehebatan HONOR Magic5 Pro dan nantikan kemunculan peranti ini di MWC Barcelona 2023 pada 27 Februari 2023!

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.