Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tablet HUAWEI dan Aplikasi Google – Resepi terbaik untuk kembali ke sekolah dengan ceria

Promosi HUAWEI Back to School 

Tahun persekolahan baharu bakal bermula tidak lama lagi dan persiapan untuk menghadapi tahun akademi telah bermula namun ketidaktentuan ekonomi sudah pastinya memberikan kesan kepada persiapan ini.

Walaupun terdapat kekangan ekonomi, memberikan kelengkapan penuh kepada anak-anak memasuki sekolah adalah sesuatu yang tidak patut diabaikan dan Ibu Bapa harus menyediakan komputer riba atau tablet yang memudahkan proses pembelajaran  

Sehubungan dengan itu, promosi kembali ke sekolah HUAWEI kini menawarkan tablet atau komputer riba terbaik kepada pelajar, para Guru dan Ibu Bapa pada harga yang amat berpatutan.

Promosi bagi Tablet dan Komputer Riba HUAWEI 

HUAWEI komited untuk memberikan pelajar teknologi yang diperlukan untuk berjaya didalam pembelajaran mereka dan pelajar kini mempunyai kemungkinan untuk memiliki tablet HUAWEI dan aplikasi Google pada harga yang amat berpatutan.

Sempena promosi kembali ke sekolah HUAWEI, anda boleh mendapatkan pelbagai model tablet dan komputer riba HUAWEI dengan diskaun sehingga RM 1,000 dan ianya juga disertakan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,300.

Dapatkan Tablet Paling Berbaloi daripada HUAWEI 

HUAWEI MatePad 10.4 – Skrin FullView 2K dengan bunyi sekeliling imersif dan prestasi berkuasa tinggi 

HUAWEI MatePad 10.4 tampil dengan skrin paparan 2K yang memberikan anda pengalaman terbaik ketika anda menghadiri kelas online atau mesyuarat dalam talian, memberikan anda prestasi terbaik walaupun membuka pelbagai aplikasi berat.

HUAWEI MatePad 11- Kadar Segar Semula 120Hz 

HUAWEI MatePad 11 memiliki skrin paparan yang menyokong kadar segar semula 120Hz yang memberikan anda pengalaman visual yang lancar ketika melayari laman web atau menonton video. 

Dalam pada itu, Tablet ini juga menyokong penggunaan HUAWEI M-Pencil generasi ke-2 yang membolehkan anda mencatit nota, membuat peringatan dan melukis diagram dengan mudah dan tepat.

Gantikan Komputer Riba Lama anda dengan Komputer Riba HUAWEI 

HUAWEI MateBook D15 sesuai untuk anda jika anda seorang yang suka berkerja dimana sahaja tanpa perlu mengorbankan kepuasan visual dan prestasi pada komputer riba.

HUAWEI MateBook D15 memiliki skrin paparan 15.6-inci yang membolehkan anda membuat slide pembentangan, spreadsheet dan banyak lagi tanpa sebarang kesusahan dan ianya juga mempunyai berat hanya 1.56kg yang memastikan ianya tampil sebagai sebuah komputer riba yang boleh dibawa kemana sahaja.

Selain mudah alih, HUAWEI MateBook D15 juga menawarkan prestasi berkuasa tinggi dengan penggunaan cip pemprosesan 11th Gen Intel Core dan kapasiti RAM yang tinggi yang membolehkan anda melakukan apa sahaja tugas kerja dengan mudah, beralih dari satu aplikasi ke aplikasi lain dengan lancar tanpa sebarang lag.

Betul! Aplikasi Google kini sudah boleh digunakan pada Tablet HUAWEI 

Dengan akses kepada semua aplikasi Google, tablet HUAWEI kini adalah pilihan tepat untuk pembelajaran dalam talian melalui aplikasi seperti Google Classroom, Google Meet dan banyak lagi.

Dengan hanya beberapa langkah mudah, peranti HUAWEI anda akan tersedia untuk menawarkan penggunaan aplikasi Google seperti Youtube, Google Maps, Google Drive, Google Docs, Google Sheet, Google Slides dan banyak lagi.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan aplikasi Google pada telefon pintar dan tablet HUAWEI :

  1. pergi ke Huawei AppGallery, cari dan pasang aplikasi LightHouse 
  2. Kembali ke AppGallery, cari dan muatnaik mana-mana aplikasi Google
  3. Buka aplikasi Google dan log masuk ke akaun Google anda
  4. Anda kini boleh log masuk ke beberapa akaun Google

Jangan lepaskan peluang Promosi Kembali ke Sekolah HUAWEI ini dan dapatkan peranti yang anda idam sempena tahun persekolahan baharu yang bakal bermula sekaligus meningkatkan mutu pembelajaran anda dengan teknologi terbaru daripada HUAWEI.

Kunjungi Huawei Experience Store yang berhampiran dengan anda atau layari laman rasmi HUAWEI untuk maklumat lanjut.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.