Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung dilaporkan sedang membangunkan cip Exynos 2400 dengan CPU 10-teras

Samsung baru sahaja memperkenalkan Galaxy S23 Series yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 secara menyeluruh kerana Samsung tidak melancarkan cipset flagship Exynos tahun ini.

Walaubagaimanapun, Ice Universe telah melaporkan bahawa Samsung sedang membangunkan cip kelas flagship terbaru Exynos yang akan dikenali sebagai Exynos 2400.

Lebih menarik, cip ini akan beralih dari arkitektur octa-core (8-teras) kepada 10-core (10-teras) yang terdiri daripada 1x Cortex-X4 + 2x Cortex-A720 (frekuensi tinggi ) + 3x Cortex-A720 (frekuensi rendah ) + 4x Cortex-520.

Walaupun sudah ada pengesahan mengenai cipset ini, masih belum ada sebarang kepastian akan peranti Samsung mana yang akan menggunakan cipset ini namun secara realistiknya ianya mungkin hanya akan menjadi realiti pada Galaxy S24 Series atau pada tahun 2025 seperti dilaporkan baru-baru ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.