Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Instagram lancar Reels Recap 2022 – sunting video reels hujung tahun anda sekarang

Instagram lancar Reels Recap 2022 - sunting video reels hujung tahun anda sekarang 5

Instagram telah mengumumkan ciri Reels Recap 2022 yang membolehkan anda membuat satu video reels yang membolehkan anda berkongsi detik indah yang berlangsung sepanjang tahun 2022.

Reels Recap 2022 adalah sebuah templat terbina didalam aplikasi Instagram yang memberikan anda kebebasan untuk memilih sehingga 14 gambar yang mahu dikongsi dan ianya akan di edit secara automatik menjadi sebuah video reels yang boleh dikongsi kepada rakan-rakan anda.

Instagram lancar Reels Recap 2022 - sunting video reels hujung tahun anda sekarang 6

Untuk melakukan Reels Recap 2022 ini, ianya ditersedia di muka hadapan aplikasi Instagram anda atau anda hanya perlu ke bahagian reels dan pilih templat reels recap 2022 namun ianya masih belum tersedia secara meluas.

Walaubagaimanapun, anda boleh mencuba dengan melakukan update kepada aplikasi instagram anda terlebih dahulu sebelum mencarinya dibahagian templat reels.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.