Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Instagram kini menawarkan mod portrait selfie

Medial sosial berasaskan gambar, Instagram hari ini telah memperkenalkan mod portrait selfie terbina didalam aplikasi.

Ianya ditawarkan melalui ruangan ‘stories’ dan ianya boleh diaktifkan dengan memilih mod focus yang diletakkan di sebelah mod superzoom yang juga popular.

Lebih menarik fungsi ini ditawarkan melalui kamera hadapan dan juga kamera belakang.

Mod potrait focus didalam Instagram ini ditawarkan bagi peranti iOS seperti iPhone SE, 6S, 6S+, 7, 7+, 8, 8+ dan iPhone X.

Bagi peranti Android pula, Instagram mengatakan hanya peranti Android yang terpilih sahaja menyokong mod ini dan ianya disahkan berfungsi pada Samsung Galaxy S9+ dan Google Pixel 2.

Kemaksini ini hadir didalam versi Instagram 39.0 bagi peranti Android dan iOS.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.