Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Ultra akan hadir dengan kamera selfie baharu dengan pemfokusan auto

Sejak Samsung Galaxy S20 Ultra, model premium Galaxy S Series sentiasa tampil dengan sensor selfie 40MP namun Samsung Galaxy S23 Ultra mungkin menyaksikan perubahan yang dinantikan.

Menurut GalaxyClub, Samsung Galaxy S23 Ultra mungkin akan tampil dengan kamera selfie dengan resolusi yang lebih rendah iaitu sensor 12MP dan ianya dikatakan akan digunakan pada semua model Samsung Galaxy S Series yang termasuk Galaxy S23 dan Galaxy S23+.

Jika dibandingkan dengan resolusi kamera selfie pada Galaxy S22 Ultra, ianya mungkin dilihat sebagai ‘downgrade’ namun resolusi sahaja tidak menjanjikan hasil gambar yang baik.

Dalam pada itu, terdapat kemungkinan sensor 12MP yang akan digunakan pada Samsung Galaxy S23 Ultra ini mempunyai pemfokusan auto.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.