Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Instagram kini papar notifikasi kehilangan kanak-kanak AMBER Alert di 25 Negara termasuk di Malaysia

Meta telah mengumumkan ianya akan mula menawarkan notifikasi kehilangan kanak-kanak di platform Instagram mulai hari ini.

Ciri yang dikenali sebagai AMBER Alert ini kini ditawarkan di 25 negara dan ianya telah dibangunkan bersama badan bertanggungjawab dan pihak berkuasa tempatan setiap negara.

Notifikasi kehilangan kanak-kanak ini telah membantu mengesan ratusan kanak-kanak yang hilang sejak diperkenalkan di platform Facebook pada 2015.

Jika notifikasi AMBER diaktifkan oleh penguatkuasaan undang-undang dan anda berada di kawasan carian yang ditetapkan, amaran itu akan muncul dalam feed Instagram anda.

Makluman itu akan menyertakan foto, penerangan, lokasi terakhir kanak-kanak yang hilang dan maklumat lain yang tersedia.

Instagram akan menggunakan maklumat alamat IP dan perkhidmatan lokasi anda (jika diaktifkan) dan bandar yang disenaraikan pada profil anda untuk menentukan sama ada anda akan menerima notifikasi AMBER ataupun tidak.

AMBER Alerts di Instagram akan ditawarkan secara berperingkat mulai hari ini di 25 negara termasuk Argentina, Australia, Belgium, Bulgaria, Kanada, Ecuador, Greece, Guatemala, Ireland, Jamaica, Korea, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Belanda, New Zealand, Romania, Afrika Selatan, Taiwan, Ukraine, UK, UAE dan Amerika Syarikat.

Sumber

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.