Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Elon Musk mahu buang 50% tenaga kerja Twitter untuk jimat kos

Pemilik baharu Twitter, Elon Musk dilaporkan bercadang untuk membuang 50% tenaga kerja Twitter atau sekitar 3,700 orang dengan sebab utama adalah untuk mengurangkan kos.

Selain itu, bagi pekerja Twitter pula akan diarahkan untuk kembali bekerja sepenuh masa di pejabat berbeza dari polisi berkerja-di-mana-sahaja yang diperkenalkan ketika pandemik COVID-19.

Menurut Bloomberg, eksekutif teratas dan penasihat telah mengadakan perbincangan dengan Elon tentang bagaimana pemberhentian pekerja dilakukan dan salah satu cadangan yang dikemukakakan adalah untuk membayar pampasan 2 bulan gaji.

Elon Musk baru-baru ini terpaksa menyelesaikan pembelian Twitter pada harga $44 bilion seperti yang dipersetujui dan dia telah berkata penilaian ini adalah tidak tepat.

Untuk rekod, Twitter telah mencatatkan kerugian didalam 8 daripada 10 tahun kebelakangan ini dan Elon Musk mahu Twitter mula mencatatkan keuntungan dengan kadar segera.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.