Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Eksekutif Samsung yakin Apple akan melancarkan peranti foldable pertama pada tahun 2024

Pasukan Samsung Mobile Experience (MX) telah mengadakan perjumpaan dengan pembekal dimana ianya telah membincangkan beberapa topik termasuk strategi telefon pintar foldable. Laporan daripada TheElec mendedahkan bahawa Samsung menganggarkan  80% kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) untuk telefon pintar foldable Samsung sehingga 2025.

Selain itu, Samsung juga mengesahkan permintaan tinggi bagi telefon pintar Galaxy Z Series di Korea Selatan dan turut berkongsi statistik bahawa kadar pengguna iPhone yang berumur antara 20 hingga 30 tahun beralih kepada telefon pintar foldable Samsung adalah 3 hingga 4 kali ganda lebih tinggi berbanding tahun sebelum ini.

Selain itu, pasukan Samsung MX juga menyatakan keyakinan bahawa Apple akan melancarkan peranti foldable pertama mereka pada tahun 2024 namun ianya bukan iPhone tetapi tablet atau komputer riba.

Akhir sekali , Samsung juga percaya bahawa 90% pengguna telefon pintar foldable semasa akan turut membeli telefon pintar foldable pada masa akan datang.

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold4 – Sama tapi tak serupa

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 – telefon pintar flip yang lebih sempurna

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.