Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 17T Series : Meraikan Visi, Warisan dan Inovasi yang ditakrif semula oleh Xiaomi x Leica bersempena KL Festival 2026.

Xiaomi 17T Series : Meraikan Visi, Warisan dan Inovasi yang ditakrif semula oleh Xiaomi x Leica bersempena KL Festival 2026. 1

Xiaomi 17T Series : Meraikan Visi, Warisan dan Inovasi yang ditakrif semula oleh Xiaomi x Leica bersempena KL Festival 2026. 2

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan pelancaran akan datang bagi siri terbaharu Xiaomi 17T di salah satu mercu tanda paling ikonik di Kuala Lumpur, Bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan warisan era kolonial di tengah-tengah ibu kota, acara pelancaran ini akan berlangsung bersempena KL Festival 2026, menggabungkan teknologi, budaya dan kreativiti dalam sebuah sambutan yang mencerminkan kemeriahan Kuala Lumpur.

Xiaomi 17T Series : Meraikan Visi, Warisan dan Inovasi yang ditakrif semula oleh Xiaomi x Leica bersempena KL Festival 2026. 3

Sepanjang pameran ini berlangsung, koleksi fotografi peribadi Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan dipamerkan buat pertama kalinya dalam sejarah, sebagai penghormatan kepada minat mendalam Baginda terhadap dunia fotografi.

Xiaomi 17T Series : Meraikan Visi, Warisan dan Inovasi yang ditakrif semula oleh Xiaomi x Leica bersempena KL Festival 2026. 4

Pengunjung juga bakal menjadi antara yang terawal di Malaysia untuk merasai pengalaman siri Xiaomi 17T menerusi sebuah pameran fotografi khas di Bangunan Sultan Abdul Samad. Pameran ini menampilkan galeri fotografi vintaj Leica serta pilihan karya visual yang dirakam di seluruh Malaysia bersama foto yang diambil menggunakan telefon pintar Xiaomi yang dibangunkan bersama Leica, meraikan warisan fotografi global dan penceritaan visual tempatan.

Tahun ini, pameran siri Xiaomi 17T bukan sekadar paparan produk semata-mata. Xiaomi turut menyediakan zon interaktif di sekitar River of Life, membolehkan pengunjung menguji keupayaan pengimejan peranti menerusi pengalaman fotografi secara langsung dengan latar suasana bersejarah Kuala Lumpur.

Xiaomi 17T Series : Meraikan Visi, Warisan dan Inovasi yang ditakrif semula oleh Xiaomi x Leica bersempena KL Festival 2026. 5

“Pelancaran siri Xiaomi 17T bersempena KL Festival 2026 mencerminkan komitmen kami untuk membawa inovasi lebih dekat kepada masyarakat, melangkaui pameran produk tradisional. Sebagai platform yang meraikan budaya, kreativiti dan komuniti di tengah-tengah Kuala Lumpur, KL Festival 2026 merupakan pentas terbaik untuk debut ini.

Melalui pelancaran ini, kami bukan sahaja ingin memperkenalkan peranti baharu, malah menawarkan pengalaman lebih bermakna yang menghubungkan teknologi dengan bandar serta rakyatnya,” kata Xingyu Yang, Pengurus Negara Xiaomi Malaysia.

Pameran di Federal Hall 1 & 2, Bangunan Sultan Abdul Samad dibuka kepada orang ramai dari 30 Mei hingga 1 Jun 2026. Pengunjung boleh menikmati galeri foto eksklusif di Federal Hall 1 atau meneroka Rumah Malaysia Then & Now, imaginasi semula rumah pintar oleh Xiaomi di Federal Hall 2 untuk inspirasi gaya hidup pintar masa kini. Di luar dewan pula, pengunjung boleh mencuba sendiri siri Xiaomi 17T di booth pengalaman khas yang terletak di River of Life, bersebelahan Makan Buzz.

Xiaomi 17T Series : Meraikan Visi, Warisan dan Inovasi yang ditakrif semula oleh Xiaomi x Leica bersempena KL Festival 2026. 6

Untuk pengalaman fotografi yang lebih mendalam, Xiaomi turut menganjurkan photowalk bersama jurugambar Yuji Haikal, memberi peluang kepada peserta meneroka perspektif kreatif sambil mempelajari teknik serta tip fotografi praktikal menggunakan siri Xiaomi 17T.

Xiaomi 17T Series : Meraikan Visi, Warisan dan Inovasi yang ditakrif semula oleh Xiaomi x Leica bersempena KL Festival 2026. 6

The Decisive Moment: A Visual Tribute with Xiaomi x Leica

Tarikh: 30 Mei hingga 1 Jun 2026

Masa: 9:00 pagi hingga 6:00 petang

Lokasi: Federal Hall 1, Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre

Xiaomi 17T Series : Meraikan Visi, Warisan dan Inovasi yang ditakrif semula oleh Xiaomi x Leica bersempena KL Festival 2026. 8

Rumah Malaysia Then & Now, Reimagined by Xiaomi

Tarikh: 30 Mei hingga 1 Jun 2026

Masa: 9:00 pagi hingga 6:00 petang

Lokasi: Federal Hall 2, Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre

Untuk maklumat lanjut acara dan pautan pendaftaran photowalk, layari laman Facebook dan Instagram rasmi Xiaomi Malaysia.

Dikuasakan menerusi kerjasama berterusan Xiaomi bersama Leica, siri Xiaomi 17T yang digelar “The Telephoto Master” bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia dengan pelancaran global telah berlangsung pada 28 Mei jam 8 malam.

Sama ada anda peminat teknologi, pencinta fotografi atau sekadar ingin merasai kemeriahan KL Festival 2026, pameran visual istimewa oleh Xiaomi ini sememangnya tidak wajar dilepaskan. Datang dan alami sendiri siri Xiaomi 17T, terokai galeri fotografi Leica, dan raikan detik penting dalam budaya teknologi Malaysia di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.