Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Twitter kini dijenama semula sebagai X

Twitter kini dijenama semula sebagai X 1

Twitter kini dijenama semula sebagai X 2

Elon Musk telah mengesahkan bahawa Twitter akan dijenama semula sebagai X yang juga akan menyaksikan logo ikonik burung biru juga diganti.

Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat iaitu Linda Yaccarino mendedahkan X akan menjadi “hub interaktiviti tanpa had masa hadapan – berasaskan  audio, video, pemesejan, pembayaran/perbankan yang akan dikuasakan oleh AI

Twitter kini dijenama semula sebagai X 3
Ibu Pejabat Twitter

Selain itu, pautan x.com juga akan membawa anda ke laman rasmi twitter.com dan eksekutif syarikat juga telah mengesahkan bahawa Twitter Inc. telah dinamakan semula sebagai X Crop.

Perubahan kepada Twitter boleh dilihat sejak Musk mengambil alih syarikat ini pada kos $44 bilion yang menyaksikan dia telah memecat pengurusan tertinggi syarikat dan memberhentikan hampir 6,500 pekerja.

Walaupun pelbagai langkah drastik telah diambil, Twitter dikatakan masih mengalami kekurangan pendapatan sehingga 50% dan salah satu inisiatif untuk meningkatkan pendapatan adalah dengan memperkenalkan langganan Twitter Blue pada kadar $8 sebulan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.