Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple sahkan pengeluaran iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max terjejas akibat lockdown di China

Apple sahkan pengeluaran iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max terjejas akibat lockdown di China 5

Apple secara rasminya telah mengesahkan bahawa sekatan pergerakan akibat COVID-19 di Zhengzhou, China telah mengakibatkan kilang utama Foxconn bagi iPhone 14 Pro Series beroperasi pada kapasiti yang jauh lebih rendah.

Ini bermaksud penghantaran tempahan Apple iPhone 14 Pro dan Apple iPhone 14 Pro Max akan terkesan diperingkat global dan pelanggan mungkin perlu menunggu lebih lama untuk menerima tempahan mereka.

Kenyataan rasmi dari Apple ini hanya merujuk kepada Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max yang merupakan model paling popular keluaran syarikat ini.

Dalam pada itu, tinjaun kami di stor atas talian Apple Malaysia mendapati penghantaran bagi Apple iPhone 14 Pro dan Apple iPhone 14 Pro Max akan mengambil masa antara 4-5 hingga minggu.

Apple sahkan pengeluaran iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max terjejas akibat lockdown di China 6

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.