Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

X kini dilaporkan bernilai $19 bilion selang setahun selepas dibeli Elon Musk pada harga $44 bilion

Laman media sosial X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter telah diambil alih oleh Elon Musk dengan kos $44 bilion pada tahun lalu namun nilai syarikat ini kini dikatakan telah jatuh lebih separuh dari nilai asal kepada $19 bilion sahaja.

Anggaran nilai terbaru X ini dibuat melalui nilai pemberian saham kepada kakitangan X iaitu pada $45 setiap saham.

Ini menyaksikan nilai semasa X adalah 55% lebih rendah berbanding kos pembelian yang mencapai $44 bilion. Sejak mengambilalih X, Elon Musk telah melakukan pelbagai perubahan drastik termasuk memecat eksekutif syarikat dan pengurangan pekerja.

Selain itu, Musk juga mempunyai visi yang besar untuk mengubah X menjadi sebuah aplikasi serba lengkap dengan pelbagai ciri tambahan termasuk perkhidmatan perbankan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.