Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Enco Buds 2 kini rasmi di Malaysia

Selain pelancaran OPPO Reno8 Z 5G ke pasaran Malaysia, OPPO turut telah memperkenalkan satu lagi TWS mesra poket OPPO Enco Buds 2 pada harga RM 129 sahaja.

OPPO Reno8 Z 5G kini rasmi di Malaysia – harga RM 1,799

OPPO Enco Buds 2 ini tampil dengan pemacu dinamik 10mm yang turut disertakan bersama ciri AI Deep Noise Cancellation untuk panggilan dan kesan bunyi Enco Live Stereo.

OPPO Enco Buds 2 tampil dengan reka bentuk in-ear yang bertangkai dengan pensijilan kalis air IPX4 dan boleh didapati didalam dua pilihan warna iaitu Moonlight (putih) dan Midnight (hitam).

OPPO mendakwa Enco Buds 2 mampu menawarkan sehingga 28 jam waktu pendengaran dengan sel bateri 460mAh pada bekas pengecasan dan terdapat juga ciri Binaural Low-Latency dengan Bluetooth 5.2 serta penggunaan bersama aplikasi Hey Melody pada peranti Android dan iOS.

OPPO Enco Buds 2 boleh dibeli mulai 26 Ogos pada harga RM 129 di semua saluran jualan rasmi OPPO di Malaysia.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.