Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Oppo Reno7 5G – Telefon Pintar Portrait Expert Mesra Poket

Pengenalan

Oppo Reno7 Series 5G telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan terdapat dua model telefon pintar yang diperkenalkan oleh Oppo didalam keluarga ini iaitu Oppo Reno7 5G dan Oppo Reno7 Pro 5G.

Oppo Reno Series merupakan siri telefon pintar midrange premium yang sentiasa memfokuskan kepada penawaran fotografi yang baik dan ini termasuk pelbagai ciri potrait yang menarik.

Selain itu, Oppo Reno Series juga sentiasa tampil dengan reka bentuk yang sentiasa mencuri perhatian sesiapa sahaja yang terpandang telefon pintar ini dan generasi kali ini juga tidak terkecuali.

Oppo Reno7 5G telah dilancarkan di Malaysia pada 22 Februari dan ianya ditawarkan pada harga RM 1,999.

Adakah Oppo Reno7 5G mampu meneruskan momentum positif generasi sebelum ini?, baca ulasan kami dan ketahui dengan lebih lanjut.

Sebelum ke ulasan Oppo Reno7 5G ini, mari kita lihat spesifikasi utama telefon pintar ini :

  • Skrin Paparan AMOLED 6.4-inci dengan kadar segar semula 90Hz
  • Pemproses MediaTek Dimensity 900 5G
  • 8GB RAM + 256GB storan dalaman & RAM Expansion
  • Bateri 4,500mAh + pengecasan 65W SUPERVOOC
  • Sensor utama 64MP + 8MP Ultrawide + 2MP Makro
  • Kamera selfie 32MP
  • ColorOS 12
  • Harga : RM 1,999


Reka Bentuk & Skrin Paparan

Oppo Reno7 5G menampilkan reka bentuk yang nipis dengan panel belakang melengkung 3D dan ini memberikan telefon pintar ini ketebalan 7.81mm dengan berat sekitar 173 gram sahaja.

Bercakap mengenai kemasan panel belakang Oppo Reno7 5G ini, ianya menampilkan reka bentuk Oppo Glow yang memberikan penampilan yang sangat berkilat apabila terdedah kepada cahaya dan anti capjari.


Kemasan ini menampilkan berjuta-juta struktur kristal berbentuk piramid yang tersusun rapi menggunakan proses LDI (Laser Direct Imaging) yang pertama kali digunakan didalam industri.

Oppo Reno7 5G tampil didalam dua kemasan warna iaitu Startrails Blue dan Starry Black.

Walaupun mempunyai profil reka bentuk yang nipis, Oppo Reno7 5G mempunyai bicu audio 3.5mm pada bahagian bawah bersama slot microSD dan gril pembesar suara mono.

Pada sisi kanan, Oppo Reno7 5G mempunyai butang kuasa manakala pada sisi kiri terdapat butang kelantangan bunyi dan slot SIM + microSD.

Ke bahagian hadapan, Oppo Reno7 5G tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Panel skrin Oppo Reno7 5G ini menyokong kadar dua tetapan kadar segar semula iaitu Standard pada kadar 60Hz dan High yang memastikan kadar bingkai pada skrin adalah 90Hz sepanjang masa.

Skrin paparan ini juga mempunyai lubang punch-hole untuk menempatkan kamera selfie 32MP dan ianya mempunyai nisbah skrin kepada badan 90.8% dan kepadatan piksel 401ppi.

Skrin paparan ini juga mempunyai sensor capjari dalam skrin dan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Panel ini menawarkan kadar kecerahan yang baik dan penghasilan warna juga amat tepat yang mana ianya telah menerima pensijilan Netflix HD dan Amazon Prime Video HD (20:9).

Pemproses

Oppo Reno7 5G menggunakan cipset midrange daripada MediaTek iaitu Dimensity 900 5G dengan kelajuan sehingga 2.4GHz.I anya adalah cip 6nm yang mampu menawarkan prestasi dan tahap kecekapan tenaga yang setaraf cipset flaghsip.

Bersama-sama cipset ini, Oppo Reno7 5G juga disertakan dengan 8GB RAM jenis LPDDR4X dan storan dalaman 256GB namun hanya menggunakan memori jenis UFS2.2.

Prestasi harian Oppo Reno7 5G sepanjang penggunaan kami adalah sangat stabil dan konsisten tanpa sebarang isu dan Oppo juga telah memberikan beberapa ciri tambahan untuk pengalaman gaming yang lebih baik seperti Penstabil Kadar Bingkai AI HyperBoost yang akan menghalang kekurangan kadar bingkai dan lag.

Selain itu, Oppo juga menyertakan sistem penyejukan yang sangat efektif didalam memastikan suhu peranti sentiasa optimum walaupun ketika gaming yang berpanjangan dan terdapat 5 sensor untuk mengawasi suhu peranti sepanjang masa.

Selain itu, Oppo juga menyertakan antaramuka ColorOS 12 yang berasaskan Android 11. Antara ciri menarik yang disertakan pada ColorOS 12 adalah ciri RAM Expansion yang membolehkan storan dalaman digunakan sebagai RAM sementara iaitu sehingga 5GB storan dalaman.


Selain itu, Oppo Reno7 5G juga membawakan ciri Air Gestures yang membolehkan anda melakukan interaksi dengan telefon pintar tanpa perlu menyentuh peranti. Sebagai contoh menjawab panggilan atau scroll ke atas dan bawah pada aplikasi. Hanya tiga aplikasi yang menyokong Air Scroll iaitu Tik Tok, YouTube dan Facebook.

Satu lagi ciri yang menarik adalah Adaptive Sleep yang memastikan skrin tidak akan malap secara automatik ketika anda sedang melihat skrin namun ianya memerlukan anda membenarkan akses kamera sepanjang masa dan ini mungkin memberikan kesan kepada bateri anda. Ianya pasti lebih baik jika ciri dapat diaktifkan secara berkala, sebagai contoh pada waktu malam.

Akhir sekali, Oppo Reno7 5G juga menyokong Wi-Fi 6 dan sokongan 5G  . Telefon pintar ini juga telah menerima TÜV SÜD 36-Month Fluency Rating A yang bermaksud ianya mampu menawarkan prestasi yang sama walaupun selepas 3 tahunh digunakan.


Kamera

Oppo Reno7 5G memiliki tetapan tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor ultra-wide 118° 8MP dan sensor makro 2MP.

Walaupun di atas kertas, ianya kelihatan seperti konfigurasi kamera yang telah banyak kali digunakan dipasaran, aplikasi kamera yang dimiliki Oppo Reno7 5G memberikan pengguna satu pengalaman fotografi yang lebih menyeluruh.


 AI Color Portrait 

Oppo Reno Series terkenal dengan jolokkan Portrait Expert dan Reno7 5G memiliki beberapa ciri kamera yang berkuasa dan mampu memberikan anda hasil potret setaraf kamera DSLR. Mod potret Oppo Reno7 memiliki 25 tahap pelarasan aperture yang membolehkan anda menetapkan sendiri kadar kekaburan latar belakang mengikut kesesuain dan citarasa anda.

     Bokeh Flare Portrait 

Satu lagi ciri kamera yang boleh diperkatakan adalah rakaman video Bokeh Flare Portrait. Ciri rakaman ini juga digabungkan dengan Smart Skin Tone Protection AI yang memastikan wajah subjek sentiasa menonjol walaupun pada latar belakang dengan kesan yang cinematik.

Lain-lain ciri rakaman video yang ada pada Oppo Reno7 5G adalah AI Highlight Video, AI Color Portrait Video, Dual-View Video dan Ultra Steady Video.

Selain itu, Oppo Reno7 5G juga boleh mengambil gambar pada mod Ultra-Clear 108MP dengan menggunakan algoritma Super Resolution yang dibangunkan sendiri oleh Oppo. Hasilnya anda dapat mengambil gambar beresolusi tinggi yang tidak kabur walaupun ketika di zoom. 

Oppo Reno 5G juga dilengkapi dengan kamera selfie 32MP yang menawarkan ciri portrait yang sama seperti pada kamera belakang.

Berikut adalah hasil gambar daripada Oppo Reno 5G :


Bateri

Satu kelebihan yang dimiliki Oppo Reno7 5G ini adalah teknologi pengecasan pantas yang dimilikinya.

Oppo sememanganya merupakan perintis didalam teknologi pengecasan pantas dan Oppo Reno7 Series juga telah menerima teknologi pengecasan kelas flagship.

Oppo Reno7 5G mempunyai sokongan pengecasan pantas 65W SUPERVOOC yang bermaksud bateri 4,500mAh yang dimiliki telefon pintar ini boleh dicaj penuh didalam masa 31 minit sahaja.

Selain itu, Oppo juga mendakwa bahawa 5 minit pengecasan melalui teknologi pengecasan pantas ini sudah cukup untuk memberikan anda 2 jam tambahan sesi gaming pada permainan video kegemaran anda.

Penutup

Oppo Reno7 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,999 dan berdasarkan harga yang ditawarkan ianya adalah antara telefon pintar midrange dengan nilai belian yang terbaik.

Dengan reka bentuk dan spesifikasi yang baik, Oppo Reno7 bukanya hanya memberikan anda sebuah pakej telefon pintar terbaik untuk kegunaan harian, ianya juga mampu memberikan anda prestasi yang stabil ketika gaming dan teknologi potret yang lebih baik berbanding generasi sebelum ini.

Oppo Reno7 5G kini boleh di pra-tempah mulai 22 Februari sehingga 4 Mac 2022 dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,406.

Antara hadiah percuma yang akan diterima adalah seperti berikut :

  • OPPO Enco Buds bernilai RM159
  • Beg Reno7 Tote Bag bernilai RM109
  • OPPO Care 1-tahun Perlindungan Skrin bernilai RM139

Tambahan lagi, Oppo juga menawarkan diskaun 50% bagi pembelian OPPO Watch Free dan OPPO Enco Air2 dengan pembelian Oppo Reno7 Series (PWP) di Oppo Brand Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.