Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix Zero X Pro dan Zero 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 3 Mac ini – harga dari RM 1,199


Infinix Malaysia secara rasminya telah mengumumkan penawaran telefon pintar Infinix ZERO X Pro dan Infinix ZERO 5G di pasaran tempatan mulai Mac 2022.

Infinix Zero X Pro

InfinixInfinix Zero X Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz, pemproses MediaTek Helio G95 + Boost Intelligent Display Chip, 8GB RAM dan dua kapasiti storan dalaman iaitu 128GB dan 256GB (UFS 2.2)


Selain itu,Infinix Zero X Pro juga menampilkan kamera kelas flagship yang terdiri daripada sensor utama 108MP, sensor periskop 8MP yang menawarkan 5x zoom optik dan 60x zoom hibrid yang menyokong mod moon shot dan sensor ultra-wide makro 120° 8MP. Sistem kamera ini juga mempunyai pengstabilan OIS dan EIS. Kamera selfie 16MP.

Infinix Zero X Pro juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W, sistem penyejukan Heat Pipe Thermal Module 2.0, pembesar suara stereo dan antaramuka XOS 7.6.

Infinix Zero X Pro akan ditawarkan dalam 3 warna iaiti Nebula Black, Starry Silver dan Tuscany Brown

Berikut adalah harga Infinix Zero X Pro di Malaysia :

Infinix Zero X Pro 8/128GB RM 1,199

Infinix Zero X Pro 8/256GB RM 1,299


Infinix Zero 5G

Infinix Zero 5G merupakan telefon pintar pertama 5G syarikat ini di Malaysia dan ianya dikuasakan dengan cip 6nm MediaTek Dimensity 900 5G yang disertakan dengan 8GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman 128GB jenis UFS 3.1.

Infinix Zero 5G hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan reka bentuk Uni-Curve.

Infinix Zero 5G memiliki sensor utama 48MP, sensor potrait 13MP, sensor bokeh 2MP dan dual color temperature flash. Kamera selfie adalah 16MP.

Infinix Zero 5G hadir dengan bateri 5,000mAh + pengecasan pantas 33W, antaramuka XOS 10, ciri Extended RAM, Dual 5G SIM dan sistem penyejukan Heat Pipe Thermal Module 2.0 & 3-D Cooling Master.

Infinix Zero 5G ditawarkan didalam tiga warna iaitu Cosmic Black, Skylight Orange dan Horizon Blue pada harga RM 1,099 (8/128GB).

Infinix ZERO X Pro dan Infinix Zero 5G akan ditawarkan secara eksklusif di Kedai Rasmi Infinix AIOT di Shopee bermula 3 Mac 2022 dengan baucar istimewa. Selain itu, pelanggan yang membeli mana-mana daripada dua model Siri ZERO ini akan berpeluang untuk pulang dengan Infinix INBook X1

Berikut adalah promosi yang ditawarkan untuk pembelian Infinix Zero Pro dan Infinix Zero 5G

03.03.2022 : Pra Jualan (Potongan RM100, Infinix Smartwatch sebagai hadiah dengan pembelian – terhad kepada 200 pelanggan sahaja)

09.03.2022 : Pelancaran Rasmi Produk (potongan RM100)

15.03.2022 : Kempen Mega Shopee (potongan RM100)

25.03.2022 : Jualan PayDay Shopee (potongan RM100)

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.