Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile lancar pelan prabayar sedia 5G pada harga dari RM 20 sebulan


U Mobile secara rasminya telah memperkenalkan dua tawaran tersedia 5G yang baharu iaitu pelan prabayar U25 dan U35 yang merupakan pelan prabayar tersedia 5G yang paling mampu milik.

Antara ciri unik pelan U25 dan U35 ini ialah booster kelajuan, iaitu peningkatan kelajuan data selama 1 jam setiap hari. Apabila pelanggan memerlukan peningkatan kelajuan data, mereka hanya perlu menuntut 1 jam percuma setiap hari melalui aplikasi MyUMobile (pada rangkaian 4G atau 5G).

Booster kelajuan tersedia 5G yang percuma serta data dan panggilan tanpa had menjadikan pelan prabayar U25 dan U35 ini pelan prabayar yang terbaik dalam pasaran pada hari ini.

Sempena dengan pelancaran ini, pelan U25 akan ditawarkan pada harga promosi RM20 sebulan untuk data tanpa had pada kelajuan 3 Mbps manakala pelan U35 pula ditawarkan pada harga RM35 sebulan untuk data tanpa had pada kelajuan 6 Mbps serta hotspot percuma sebanyak 3GB. Panggilan tanpa had dan tempoh sah selama 30 hari juga disertakan pada kedua-dua pelan ini.

Pek SIM prabayar tersedia 5G ini ditawarkan pada harga RM10 dan disertakan dengan kredit bernilai RM6 serta data kelajuan tinggi sebanyak 1GB.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.