Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno6 Z 5G Shiseido Gift Box akan dibuka untuk pra-tempahan pada 2 Disember ini – RM 1,699


Oppo Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan akan menawarkan satu edisi terhad OPPO Reno6 Z 5G Shiseido Gift Box dan syarikat ini telah mengesahkan bahawa pra-tempahan akan dibuka pada 2 Disember ini.

OPPO Reno6 Z 5G Shiseido Gift Box akan ditawarkan pada harga RM 1,699 yang sama seperti harga edisi biasa namun hanya 300 unit Oppo Reno6 Z 5G edisi terhad ini akan ditawarkan.

Setiap OPPO Reno6 Z 5G Shiseido Gift Box  akan turut disertakan dengan barangan edisi terhad bernilai RM 450 iaitu OPPO x Shiseido gift box, OPPO x Shiseido Reno6 Z case dan produk kosmetik Shiseido.

Pelanggan terpilih yang membeli OPPO Reno6 Z 5G Shiseido Gift Box semasa tempoh kempen juga akan menerima Shiseido Synchro Skin Radiant Lifting Foundation secara percuma bernilai RM210. Mereka juga akan menerima perundingan dalam kedai profesional yang komprehensif daripada pakar Shiseido tentang cara memakai foundation yang sempurna.

 

Akhir sekali, OPPO juga sedang menjalankan kempen untuk memberi ganjaran kepada ahli OPPO dan Shiseido pada musim akhir tahun dan tahun baharu ini. Mulai hari ini hingga 31 Januari 2022, ahli OPPO yang berdaftar boleh menerima perkara berikut daripada Shiseido:

Pra-tempah OPPO Reno6 Z 5G Shiseido Gift Box di SINI

1. Rebat segera RM50 dengan pembelian minimum RM300 di Kedai Dalam Talian Shiseido

2. Kit Persampelan Shiseido Ultimune PERCUMA di cawangan Shiseido di Sunway Pyramid, Mid Valley dan Suria KLCC (tiada pembelian diperlukan!)

3. Set hadiah Shiseido 4 keping apabila membeli mana-mana produk Shiseido dengan perbelanjaan minimum RM380 di Sunway Pyramid, Mid Valley dan Suria KLCC

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.