Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo akan melancarkan tablet dengan pemproses Snapdragon 870


vivo sebelum ini dilaporkan akan melancarkan tablet pertama mereka pada bulan Januari yang lalu namun ianya tidak menjadi kenyataan namun naib presiden vivo telah mengesahkan bahawa tablet pertama syarikat ini akan dilancarkan pertengahan pertama tahun 2022.

Digital Chat Station telah mendedahkan bahawa tablet pertama vivo ini akan hadir dengan pemproses Snapdragon 870 dan skrin paparan OLED.

Buat masa ini nama tablet daripada vivo ini masih belum diketahui namun vivo telah mendaftarkan paten nama vivo pad di European Union Intellectual Property Office (EUIPO) pada bulan Jun yang lalu.

Tablet vivo ini bukan yang pertama untuk dilancarkan dibawah kumpulan BBK Electronics kerana realme telah melancarkan realme pad beberapa bulan lalu.

Selain vivo, Oppo dan OnePlus juga dijangka akan melancarkan tablet mereka tidak lama lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.