Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 2 Pro disahkan hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 – lebih dari 1 juta mata di ujian AnTuTu

realme GT 2 Pro disahkan hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 - lebih dari 1 juta mata di ujian AnTuTu 5
Telefon pintar realme dengan kod RMX3300 telah dikesan di AnTuTu dengan mata melebih 1,000,000 dan ianya dipercayai adalah salah satu varian realme GT 2 Pro.

Selepas memperoleh mata yang tinggi ini, AnTuTu telah mengeluarkan kenyataan bahawa ianya adalah benar.

AnTuTu juga telah mendedahkan beberapa spesifikasi telefon pintar realme ini dan ianya memiliki skrin paparan 120Hz, 12GB RAM LPDDR5 , 512GB storan dalaman jenis UFS 3.1 dan realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12.

realme GT 2 Pro disahkan hadir dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 - lebih dari 1 juta mata di ujian AnTuTu 6

Bercakap mengenai cipset, realme RMX3300 ini hadir dengan pemproses SM8450 yang akan dikenali sebagai Snapdragon 8 Gen1 dan telefon pintar realme ini adalah model ketiga untuk melepasi 1,000,000 mata didalam ujian AnTuTu.

Selain itu, AnTuTu juga mendakwa bahawa realme RMX3300 ini adalah model prototaip dan ini bermaksud model komersial akan menawarkan prestasi yang lebih baik.

Akhir sekali, realme GT 2 Pro juga dijangka akan menyokong pengecasan pantas UltraDart 125W.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.