Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Amazfit GTR 3 Series & Amazfit GTS 3 Bakal menggegar Pasaran Malaysia – kombinasi reka bentuk berfesyen dan teknologi terbaik pada jam pintar

Amazfit GTR 3 Series & Amazfit GTS 3 Bakal menggegar Pasaran Malaysia – kombinasi reka bentuk berfesyen dan teknologi terbaik pada jam pintar

Siri GTR 3 & GTS 3 dengan Zepp OS serba baharu direka untuk menjadikan kesihatan pintar mudah.

Pada tanggal 11 Oktober 2021, jenama peranti wearable pintar terkemuka global iaitu Amazfit telah memperkenalkan tiga jam pintar terbaru yang bakal menggegar pasaran tidak lama lagi.

Tiga model jam pintar Amazfit yang kami maksudkan adalah GTR 3 Pro, GTR 3 serta GTS 3 dan berita baik kepada peminat Amazfit di Malaysia, ketiga-tiga jam pintar ini telah disahkan akan memasuki pasaran tempatan pada 5 November ini dan lebih penting pada harga yang amat mesra poket.

Generasi jam pintar terbaru Amazfit GTR 3 Series dan GTS 3 ini tampil dengan ciri kesihatan yang lebih komprehensif tanpa mengorbankan gaya yang eksklusif.

Zepp OS

Amazfit GTR 3 Series dan GTS 3 menggunakan sistem operasi Zepp OS yang baharu dan ianya menyokong sambungan ke peranti Android dan iOS, dan menyambung ke platform kecergasan popular, seperti Apple Health atau Google Fit. Juga menyokong perkongsian data sukan pada aplikasi seperti Strava, Relive, Runkeeper dan TrainingPeaks.

Pengukur kesihatan 4-in-1 yang komprehensif

Amazfit GTR 3 Series dan GTS 3 juga berkeupayaan untuk menguji empat metrik kesihatan dalam satu sentuhan dengan penggunaan 6PD (fotodioda) BioTrackerTM PPG 3.0, yang mengukur empat metrik kesihatan iaitu kadar degupan jantung, kadar darah dalam oksigen SpO2, kadar tekanan dan kadar pernafasan) dalam masa 45 saat sahaja.

Skrin Paparan AMOLED Ultra HD

Amazfit GTR 3 Pro dan Amazfit GTS 3 tampil dengan skrin paparan Ultra HD AMOLED berukuran 1.45-inci dan 1.75-inci yang menawarkan pengguna satu paparan yang terang dan mempunyai kadar kepadatan piksel yang tinggi. 

Dalam pada itu, Amazif GTR 3 pula tampil dengan skrin paparan HD AMOLED berukuran 1.36-inci.

Jangka Hayat Bateri Sehingga 21 Hari

Jangka Hayat bateri pada jam pintar adalah satu ciri penting yang amat dititikberatkan oleh pengguna kerana rata-rata pengguna tidak suka untuk mengecas jam dengan kerap.

Bagi memastikan perkara ini tidak dialami pengguna jam pintar Amazfit, Amazfit GT3 ini tampil dengan jangka hayat bateri ultra lama iaitu sehingga 21 hari penggunaan.  

Dalam pada itu, Amazfit GT3 Pro dan Amazfit GTS 3 pula tampil dengan 12 hari jangka hayat bateri yang juga dilihat memadai untuk pengguna.

Harga yang berpatutan

Amazfit GT3 Series akan memasuki pasaran Malaysia pada 5 November ini dan ianya akan ditawarkan di stor rasmi Amazfit di Lazada.

Dengan pelbagai ciri menarik, pasti ramai yang tidak dapat meneka anggaran harga jam pintar ini namun Amazfit Malaysia dijangka akan menawarkan ketiga-tiga model ini pada harga yang kompetitif.

Berdasarkan anggaran kami, Amazfit GTS 3 dan Amazif GTR 3 dijangka akan ditawarkan pada harga sekitar RM 600- RM 700 manakala Amazfit GTR 3 Pro pula akan ditawarkan pada harga dibawah RM 1,000.

Nantikan Majlis Pelancaran rasmi Amazfit GT3 Series di Malaysia yang akan berlangsung pada 5 November ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.