Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 11 Pro dan Note 11 Pro+ kini rasmi dengan skrin AMOLED 120Hz & pengecasan 120W – harga sekitar RM 1,296


Seperti yang hangat diperkatakan, Redmi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Redmi Note 11 Series yang terdiri daripada tiga model iaitu Redmi Note 11, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro+.


Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro+ adalah telefon pintar yang mempunyai banyak persamaan dimana ianya tampil dengan skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.67-inci dengan lubang punch-hole kecil berukuran 2.96mm yang menempatkan kamera selfie 16MP.

Pada bahagian dalaman, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro+ menampilkan cip pemprosesan Dimensity 920 dan terdapat tiga konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 6/128GB, 8/128GB dan 8/256GB.

Beralih kepada bateri, Redmi Note 11 Pro+ menampilkan bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 120W yang mampu memenuhi bateri didalam masa 15 minit sahaja. Redmi Note 11 Pro pula mempunyai bateri 5,6100mAh dengan pengecasan pantas 67W.

Pada bahagian kamera pula, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro+ mempunyai tiga kamera iaitu sensor utama 108MP Samsung HM2, sensor ultrawide 120° 8MP dan sensor telemakro 2MP.


Lain-lain spesifikasi telefon pintar ini adalah bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo JBL dan antaramuka MIUI 12.5 dengan Android 11.

Redmi Note 11 Pro akan ditawarkan didalam warna Black, Aurora Gradient, Violet, or Forest Green pada harga yang bermula dari CNY 1,699 (RM 1,102). Redmi Note 11 Pro+ pula akan ditawarkan pada harga yang bermula dari CNY 1,999 (RM 1,296).

Dalam pada itu, Redmi Note 11 Pro+ juga akan ditawarkan didalam edisi Yibo pada harga CNY 2,699 (RM 1,750) dan akan mula dijual pada 11 November.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.