Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo K9s kini rasmi dengan Skrin 120Hz LCD dan Snapdragon 778G pada harga sekitar RM 1,100


Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo K9s selepas pelancaran Oppo K9 Pro bulan lalu dan telefon pintar ini hadir dengan pemproses Snapdragon 778G.

Oppo K9 Pro kini rasmi dengan cip Dimensity 1200 dan skrin OLED 120Hz

Oppo K9s tampil dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.59-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi FHD+. Skrin ini juga mempunyai lapisan gelas keselamatan Panda Glass. Penggunaan panel LCD juga bermaksud sensor capjari kini diletakkan pada sisi dan terdapat juga kamera selfie 16MP.

Beralih kepada bahagian kamera, Oppo K9s mempunyai sensor utama 64MP, sensor ultra wide 120° dan sensor makro 2MP.

Selain itu, Oppo K9s juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 30W yang mengecas penuh peranti dari tahap 0-100% dalam masa 59 minit.

Oppo K9s juga menyokong rangkaian 5G, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, sistem penyejukan grafit dan ColorOS 11.2 yang berasaskan Android 11.

Bersama-sama pemproses Snapdragon 778G ini, Oppo K9s juga mempunyai 6GB atau 8GB RAM jenis LPDDR4x dan storan dalaman 128GB atau 256GB jenis UFS 2.2. Terdapat sokongan Virtual RAM yabg memberikan tambahan sekurang-kurangnya 5GB Virtual RAM.

Oppo K9s ditawarkan dengan harga jualan seperti berikut :

Oppo K9s 6/128GB – CNY 1,700 (RM 1,100)

Oppo K9s 8/256GB – CNY 1,900 (RM 1,241)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.