Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Buds 3 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 139 sahaja


Xiaomi secara rasminya telah mula menawarkan TWS mampu milik terbaru syarikat ini iaitu Redmi Buds 3 di Malaysia pada harga RM 139.

Redmi Buds 3 adalah sebuah TWS in-ear yang tampil dengan reka bentuk ID dengan berat hanya 4.5gram setiap satu.

Redmi Buds 3 juga dilengkapi dengan cip Qualcomm QCC3040 yang menyokong Bluetooth 5.2 yang menawarkan penggunaan kuasa yang lebih rendah, transmisi yang lebih pantas, dan sambungan yang lebih stabil. Ia juga dilengkapi dual-mic dengan Qualcomm cVcTM Echo Cancelling dan Noise Suppression Technology untuk memberikan kualiti suara yang jelas.

Redmi Buds 3 mempunyai pemacu dinamik 12mm yang ditala oleh Xiaomi Sound Lab untuk pengalaman pendengaran yang lebih baik dan ianya juga mempunyai kalis air dan habuk IP54.

Bercakap mengenai jangka hayat bateri, Redmi Buds 3 mempunyai sehingga 5 jam jangka hayat bateri namun dengan bekas pengecasan anda boleh menikmati sehingga 20 jam pendengaran. 10 minit pengecasan menawarkan anda 90 minit penggunaan.

Xiaomi Buds 3 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 139 dan pembelian boleh dibuat di stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee, stor Xiaomi  dan wakil pengedar rasmi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.