Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 11 Series akan dilancarkan pada 28 Oktober ini


Xiaomi telah mengumumkan bahawa Xiaomi Redmi Note 11 Series akan dilancarkan secara rasmi di China pada 28 Oktober ini.

Sehubungan dengan itu, akaun Weibo Redmi juga telah berkongsi beberapa poster Redmi Note 11 Series yang mendedahkan beberapa reka bentuk telefon pintar ini.

Memandangkan pelancaran ini dinamakan sebagai Redmi Note 11 Series, kita boleh menjangkakan syarikat ini melancarkan lebih daripada satu model iaitu Redmi Note 11 dan Redmi Note 11 Pro.

Redmi Note 11 Series dikatakan akan memiliki pemproses Dimensity 920, skrin paparan 120Hz dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Dalam pada itu, Redmi Note 11 Series akan memiliki skrin paparan LCD 120Hz, cip Dimensity 820 dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Pelancaran rasmi Redmi Note 11 Series akan dilancarkan minggu hadapan dan kita mungkin mengetahui lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar ini dari semasa ke semasa sehingga ke detik pelancaran.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.