Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 50 kini rasmi di Malaysia pada harga serendah RM 1,699

Honor secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship Honor 50 ke pasaran Malaysia yang merupakan pasaran pertam di luar China untuk menerima telefon pintar ini. Honor 50 ini akan ditawarkan pada harga dari RM 1,699

Honor sahkan ianya kini kembali mempunyai akses kepada Google Mobile Service (GMS)


Honor 50 memiliki skrin paparan OLED FHD+ 1.07 bilion warna berukuran 6.57-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dan lubang punch-hole dibahagian tengah yang menempatkan kamera selfie 32MP.

Honor 50 tampil dengan pemproses Snapdragon 778G dengan sokongan 5G, 6GB atau 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Beralih kepada kamera, Honor 50 juga tampil tetapan kamera yang sama seperti Honor 50 Pro iaitu dengan sensor utama 108MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP.

Beralih kepada bateri pula, Honor 50 memiliki kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4,200mAh namun pengecasan pantas yang ditawarkan pada model ini hanya 66W (0-100% dalam 45 minit).

Honor Magic 50 juga tampil dengan antaramuka MagicUI 4.2 yang berasaskan Android 11 dan ianya juga mempunyai sokongan Google Mobile Services (GMS).

Honor 50 akan ditawarkan didalam warna Frost Crystal, edisi terhad Honor Code, Emerald Green dan Midnight Black.

Honor 50 akan ditawarkan pada harga RM 1,699 bagi versi 6/128GB manakala versi 8/256GB pula akan ditawarkan pada harga RM 1,999.

Pra-tempahan Honor 50 kini dibuka sehingga 24 Oktober ini dimana setiap pembelian Honor 50 versi 8/256GB akan menerima Honor Earbuds 2 Lite, case Honor 50 dan 1 tahun waranti tambahan. Honor 50 versi 6/128GB pula akan menerima case Honor 50 dan 1 tahun waranti tambahan.

Honor 50 boleh di pra-tempah di stor Honor, secara atas talian di hihonor , Lazada, Shopee, Sengheng dan SenQ.

Jualan rasmi Honor 50 akan bermula dari 25 Oktober.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.