Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple AirPods 3 kini rasmi dengan teknologi Spatial Audio dan Dolby Atmos – harga RM 829


Pada majlis pelancaran Apple awal pagi tadi, syarikat ini telah memperkenalkan Apple AirPods 3 yang kini hadir dengan jangka hayat bateri yang lebih baik.

Apple AirPods 3 hadir dengan reka bentuk yang sama seperti AirPods generasi kedua namun dengan sokongan Spatial Audio dan Dolby Atmos.

Selain itu, Apple AirPods 3 juga mempunyai Adaptive EQ untuk pendengaran yang lebih baik mengikut kepadatan telinga pemakai dan terdapat juga sensor in-ear yang akan menghentikan lagu apabila earbuds dicabut.

AirPods 3 juga kalis air IPX4

Apple AirPods 3 kini mempunyai sehingga 6 jam waktu penggunaan namun dengan bekas pengecasan ianya boleh mencapai sehingga 30 jam dan terdapat juga sokongan pengecasan pantas (5 minit pengecasan untuk 1 jam pendengaran) dan pengecasan MagSafe.

AirPods 3 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 829 dan Apple juga masih menawarkan AirPods 2 pada harga RM 589 sahaja.

Buat masa ini masih belum ada maklumat bila AirPods 3 akan ditawarkan di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.