Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Malaysia buka 10 stor baharu – diskaun RM 200 bagi Xiaomi 11T Series


Xiaomi Malaysia buka 10 stor baharu - diskaun RM 200 bagi Xiaomi 11T Series 9
Xiaomi Malaysia telah mengumumkan pembukaan 10 stor Xiaomi di seluruh negara dan satu pusat servis di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 23 Oktober yang lalu.

Dengan pembukaan stor Xiaomi baharu ini, ianya kini mempunyai 47 stor di seluruh negara dengan sasaran untuk mencapai 300 stor pada masa hadapan.

Bersempena dengan pembukaan 10 stor Xiaomi ini, Xiaomi telah mengumumkan penawaran diskaun bernilai RM 200 bagi pembelian Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro di stor baharu ini pada 25 Oktober ini (terhad kepada 50 unit setiap stor).

Selain itu, pada 23-31 Oktober, Xiaomi juga menawarkan potongan 50% caj buruh bagi pembaikan peranti Xiaomi yang telah tamat waranti di pusat servis Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. 50 pelanggan pertama akan turut menerima Xiaomi Coffee Cup Set.

Berikut adalah 10 stor baharu Xiaomi yang mula beroperasi hari ini :

1. Sunway Velocity, Kuala Lumpur

2. KL East Mall, Kuala Lumpur

3. Giant Hypermarket Bandar Kinrara, Selangor

4. Alor Star Mall, Kedah

5. Kulim Central,  Kedah

6. Kompleks Bukit Jambul, Penang

7. Prangin Mall, Penang

8. Lotus Bertam Kepala Batas, Penang

9. AEON Tebrau City, Johor Bahru, Johor

10. Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, Muar, Johor

Xiaomi Malaysia buka 10 stor baharu - diskaun RM 200 bagi Xiaomi 11T Series 10Xiaomi Malaysia buka 10 stor baharu - diskaun RM 200 bagi Xiaomi 11T Series 11Xiaomi Malaysia buka 10 stor baharu - diskaun RM 200 bagi Xiaomi 11T Series 12

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.