Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

YouTube Music bakal menawarkan ciri ‘background playback’ secara percuma mulai 3 November ini


YouTube telah mengumumkan bahawa aplikasi YouTube Music akan menawarkan pendengaran muzik dilatar belakang secara percuma mulai 3 November ini.

Ciri ‘background playback’ pada Aplikasi YouTube Music kini hanya ditawarkan kepada pengguna YouTube Premium dan bukanya untuk semua pengguna namun mulai 3 November, kesemua penggunaan dapat menikmati ciri ini secara percuma dengan pengguna di Kanada akan menerimanya terlebih dahulu.

Dengan ciri ini, anda kini boleh menggunakan YouTube Music walaupun aplikasi ditutup atau skrin telefon pintar dipadamkan.

Memandangkan ciri premium ini kini ditawarkan secara percuma, pendengaran muzik anda juga akan mempunyai iklan yang dimainkan antara muzik anda.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat samada ciri ini akan ditawarkan kepada semua pengguna YouTube Music di pasaran antarabangsa yang lain.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.