Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

YouTube bakal menawarkan ciri PiP (picture in picture) kepada pengguna iPhone dan iPad secara percuma

YouTube bakal menawarkan ciri PiP (picture in picture) kepada pengguna iPhone dan iPad secara percuma 1

YouTube bakal menawarkan ciri PiP (picture in picture) kepada pengguna iPhone dan iPad secara percuma 2
YouTube secara rasminya telah mengesahkan bahawa ciri PiP (picture in picture) akan mula ditawarkan kepada pengguna Apple iPhone dan iPad melalui aplikasi YouTube.

Pip atau (picture in picture) adalah satu ciri yang membolehkan anda memainkan video YouTube walaupun sedang menggunakan aplikasi lain dan ciri ini telah ditawarkan kepada pengguna Android sejak Android Oreo.

YouTube bakal menawarkan ciri PiP (picture in picture) kepada pengguna iPhone dan iPad secara percuma 3

Untuk mengaktifkan PiP, anda hanya perlu memainkan sesuatu video pada aplikasi YouTube dan swipe untuk ke ‘home’. Video ini akan terus dimainkan didalam satu saiz mini yang boleh digerakan dan dibesarkan mengikut keperluan.

Walaubagaimanapun kenyataan YouTube berkata bahawa PiP pada peranti iOS hanya ditawarkan kepada pengguna YouTube Premium namun ciri dijangka akan diterima oleh semua pengguna YouTube secara percuma tidak lama lagi.

Selain itu, ciri PiP pada Android tidak memerlukan langganan YouTube Premium namun dengan langganan tersebut anda mempunyai kelebihan untuk memainkan video dilatar belakang dan mendengar audio sahaja.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.