Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12 akan dilancarkan 13 Oktober ini

realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12 akan dilancarkan 13 Oktober ini 3
Susulan pelancaran Android 12, realme telah mengumumkan bahawa generasi baharu antaramuka syarikat ini iaitu realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12 akan hadir tidak lama lagi.

realme juga mendedahkan bahawa ia akan menjadi antara syarikat OEM pertama dipasaran untuk menggunakan Android 12 dan kemaskini OTA pertama OS ini akan mula sampai pada 13 Oktober 2021.

realme UI 3.0 akan tiba kepada realme GT 5G terlebih dahulu manakala versi antarabangsa realme GT Neo2 dijangka akan tampil dengan Android 12 didalam kotak

Menyentuh serba sedikit mengenai realme UI 3.0, ianya dijangka akan membawakan beberapa perubahan dari segi ikon, wallpaper, layout dan beberapa ciri baharu berkaitan output media dan navigasi.

realme dijangka akan mengeluarkan pelan kemaskini menyeluruh bagi setiap peranti yang layak didalam waktu terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.