Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tonton Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL Malaysia) & Dapatkan kombo KFC POWERUP bertema KFC x MLBB


Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL Malaysia) power up Musim 8 kejohanan liga e-sukan ini yang dengan jenama ayam goreng kegemaran negara iaitu KFC Malaysia.

MPL Malaysia boleh ditonton secara langsung di YouTube bermula 13 Ogos ini dimana
para peminat dan pemain MPL Malaysia bakal menyaksikan pertandingan yang lebih menarik dan sedap hingga menjilat jari.

KFC Malaysia juga menawarkan pakej hidangan POWERUP bertema KFC x MLBB yang boleh didapati secara eksklusif di KFC Delivery melalui aplikasi KFC sepanjang Musim 8 iaitu dari 13 Ogos sehingga 21 Oktober 2021.

Untuk menambah keterujaan peminat, pakej hidangan ini akan sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa.

Untuk menebus, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
● Langkah 1: Log masuk Aplikasi KFC.
● Langkah 2: Klik ikon “%” untuk ke halaman “Bucketful of Deals” untuk tawaran eksklusif!
● Langkah 3: Cari “MLBB POWERUP bundle deals”, klik untuk tebus & lengkapkan pesanan
anda.

Sementara itu, Kolonel Sanders juga mempunyai tawaran istimewa untuk kesemua pemain MPL Malaysia.

Sempena sambutan hari kelahiran beliau yang ke-131 pada bulan September, KFC akan menghadiahkan cheat codes istimewa dan 1 juta Diamonds dalam-permainan melalui laman-laman sosial KFC Malaysia untuk power up permainan.

Bukan itu sahaja, 11 karakter kesukaan peminat yang melambangkan 11 herba dan rempah ratus rahsia KFC bakal diketengahkan dalam kempen ini, dan para pemain boleh nantikan giveaway KFC termasuk baucar semasa siaran langsung pertandingan ini.

MPL Malaysia Musim 8 mengumpulkan 10 pasukan terbaik yang bertanding untuk memenangi hadiah terkumpul berjumlah USD 100,000.

Juara dan naib-juara juga bakal berpeluang untuk mewakili Malaysia didalam kejohanan daerah atau antarabangsa.

Mari bersama menyaksikan kejohanan ini bermula 13 Ogos di Mobile Legends: Bang Bang’s YouTube channel.

Untuk jadual penuh perlawanan dan lebih maklumat untuk mendapatkan pakej hidangan POWERUP bertema KFC x MLBB, layari https://www.facebook.com/mplm.official atau www.KFC.com.my.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.