Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer riba HUAWEI MateBook D14 ditawarkan pada harga RM 2,299 sahaja pada 8-10 Oktober ini


HUAWEI Malaysia telah mengumumkan bahawa komputer riba paling bernilai daripada HUAWEI iaitu HUAWEI MateBook D14 dengan pemproses Intel Core i3 generasi ke-10 akan ditawarkan pada harga RM 2,299 sahaja pada 8 hingga 10 Oktober ini.

Tawaran istimewa sempena HUAWEI 10.10 Mega Sale ini adalah secara eksklusif di  HUAWEI Store Online, HUAWEI Official Store di Shopee and HUAWEI Flagship Store di Lazada , atau melalui aplikasi rasmi HUAWEI iaitu MyHUAWEIApp.

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi, HUAWEI MateBook D14 hadir dengan skrin paparan 1080p Full HD IPS berukuran 14.0-inci yang mempunyai nisbah skrin kepada badan 84%.

Komputer riba daripada HUAWEI ini juga mempunyai reka bentuk yang kompak dengan ketebalan hanya 15.9mm manakala berat adalah sekitar 1.38kg.

HUAWEI MateBook D14 juga memiliki 8GB RAM,  storan dalaman SSD 256GB , bateri 56wH yang mempunyai sokongan pengecasan pantas 65W (0-46% dalam 30 minit) dan sensor capjari terbina pada butang kuasa.

HUAWEI MateBook D14 akan ditawarkan didalam warna Mystic Silver pada harga RM 2,299 sahaja.

Selain itu, HUAWEI Malaysia juga telah mengumumkan bahawa HUAWEI MateBook D14 dengan pemproses Intel Core i5 (gen-10) akan ditawarkan mulai 10 Oktober ini pada harga RM 3,299.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.