Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aplikasi YouTube pada Android dan iOS kini hadir dengan UI yang lebih menarik dan mudah

Aplikasi YouTube pada Android dan iOS kini hadir dengan UI yang lebih menarik dan mudah 3
Aplikasi YouTube pada peranti Android dan iOS nampaknya kini telah menerima kemaskini UI pemain video yang memberikan anda akses mudah kepada semua fungsi didalam mod fu-screen.

UI pemain video YouTube yang baharu imi menampilkan 5 ikon dibahagian bawah kiri skrin iaitu butang “like” , butang “unlike”, butang komen yang akan memaparkan ruangan komen pada bahagian tepi kanan apabila ditekan, butang “add to playlist” dan butang “Share”.

Selain itu, untuk melihat lebih banyak video, ikon more video kini berada di bahagian bawah sebelah kanan skrin namun anda juga boleh “slide up” untuk mengakses video tersebut.

Walaubagaimanapun, kemaskini aplikasi YouTube dengan UI baharu ini masih belum ada pada peranti iOS kami dan ianya mungkin akan ditawarkan secara berperingkat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.