Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar foldable Honor Magic X akan dilancarkan pada suku ke-4 tahun ini


Menurut tipser dari China, Honor akan memperkenalkan telefon pintar foldable (Honor Magic X) mereka sebelum suku ke-4 tahun ini dan ianya dikatakan akan mempunyai persamaan dengan HUAWEI Mate X2 kerana pembangunan bagi model ini telah bermula sebelum Honor dijual.

Peranti foldable ini dikenali secara dalaman sebagai Magic X namun tidak dapat dipastikan samada ianya akan menjadi nama rasmi pemasaran telefon pintar ini.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Honor iaitu George Zhao mendedahkan bahawa syarikat ini sedang membangunkan telefon pintar foldable dan percaya ianya akan menjadi antara yang terbaik dipasaran.

Dalam pada itu, Digital Chat Station juga mendedahkan bahawa terdapat perbezaan antara Honor Magic X dan HUAWEI Mate X2 namun tiada sebarang maklumat didedahkan.

Memandangkan suku ke-4 2021 telah pun bermula, pelancaran rasmi telefon pintar ini mungkin tidak terlalu jauh.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.