Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor MagicBook 14 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,699


HONOR Malaysia secara rasminya telah melancarkan edisi komputer riba terbarunya – HONOR MagicBook 14 yang merupakan “teman sejati” HONOR 50 yang juga bakal
memasuki pasaran Malaysia tidak lamal lagi.

Honor MagicBook 14 hadir dengan pemproses AMD Ryzen 5 5500U dan kad grafik bersepadu, dan ditawarkan di dalam dua warna pilihan iaitu Space Gray dan Mystic Silver.

Peminat yang membeli HONOR MagicBook 14 akan membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM228.


HONOR MagicBook 14 versi 8GB RAM + 256GB SSD dijual pada harga RM2,699 dan hadiah percuma beg galas HONOR.

Manakala Honor MagicBook 8GB RAM + 512GB SSD pula akan ditawarkan pada harga RM2,999 dengan hadiah percuma beg galas HONOR dan tetikus tanpa wayar Bluetooth.


HONOR MagicBook 14 boleh dibeli menerusi
HONOR Store, Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Official Store, Senheng Online Store dan juga Stor HONOR Experience di seluruh negara.

HONOR MagicBook 15 AMD dibuka untuk pra-tempahan mulai 5 Oktober

HONOR MagicBook 15 AMD akan mula dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM2,499 (RRP: RM2,699) secara eksklusif di Shopee’s HONOR Official Store mulai 5 Oktober.

Peminat boleh menikmati ansuran 0% sehingga 18 bulan dengan hanya membayar serendah RM138 sebulan.

Untuk mendapatkan tawaran ini, anda hanya perlu bayar deposit sebanyak RM250 mulai 5 Oktober ini untuk memiliki komputer riba idaman anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai versi AMD HONOR MagicBook 14 dan 15 AMD, anda boleh melayari laman web rasmi HONOR di at www.hihonor.com atau Facebook di www.facebook.com/HONORMY.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.