Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M22 kini rasmi di Malaysia – Harga Promosi hanya RM 779 di Shopee


Samsung Mobile secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Samsung Galaxy M22 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 899.

Terus ke spesifikasi, Samsung Galaxy M22 hadir dengan skrin paparan 90Hz Super AMOLED HD+ berukuran 6.4-inci, pemproses MediaTek Helio G80 yang dipadankan dengan  6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy M22 menampilkan sensor quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 13MP.

Dalam pada itu, Galaxy M22 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 25W namun hanya adapter 15W disertakan dalam kotak.

Samsung Galaxy M22 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Black dan Light Blue.

Anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy M22 di Samsung Online Store mulai 5 Oktober ini iaitu pada harga RM 899 namun bersempena dengan kempen Shopee 10.10 , telefon pintar ini akan ditawarkan pada harga RM 779 sahaja di Shopee dari 3 hingga 10 Oktober ini.

Dapatkanya di Shopee sekarang

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.