Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X3 Pro Photographer Edition kini rasmi – rekaan seperti kamera klasik Kodak 35


Kerjasama Oppo dan Kodak telah diumumkan pada awal bulan ini dan produk pertama hasil kerjasama kedua-dua syarikat ini adalah satu edisi terhad telefon pintar flagship Oppo.

Oppo Find X3 Pro Photographer Edition telah diumumkan dan ianya tampil dengan warna baharu yang disertakan dengan pembungkusan yang eksklusif.

Dari segi spesifikasi, Oppo Find X3 Pro Photographer Edition adalah sama seperti Find X3 Pro yang biasa dan ianya juga sama pada bahagian kamera iaitu dengan dua sensor 50MP.

Perbezaan paling ketara adalah panel belakang telefon pintar ini akan hadir dengan warna silver matte pada bahagian atas dan kemasan kulit berwarna hitam pada bahagian belakang yang mirip kamera klasik Kodak 35.

Edisi terhad ini juga hadir dengan case yang diperbuat daripada bahan yang sama seperti panel belakang manakala kotak jualan adalah berbentuk oval dengan penutup yang juga mempunyai persamaan dengan bekas Kodak 35.

Oppo Find X3 Pro Photographer Edition ini dijangka akan tampil dengan pemproses Snapdragon 888, skrin paparan LTPO AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi 1440p dan kadar segar semula 120Hz, bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W dan pengecasan tanpa wayar 30W.

Oppo Find X3 Pro Photographer Edition akan mula ditawarkan di China pada 16 September ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.