Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T akan menerima kemaskini 3 generasi Android serta 4 tahun kemaskini keselamatan


Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan bahawa siri Xiaomi 11T  iaitu Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T – akan menerima 3 generasi kemaskini Andorid serta kemaskini keselamatan selama 4 tahun.

Dengan perubahan ini, pengguna siri Xiaomi 11T akan menikmati pengalaman pengguna yang lebih baik, dan keselamatan data jangka panjang. Walaupun peranti Xiaomi lain tidak disertakan untuk penawaran eksklusif ini, Xiaomi percaya ini mencerminkan perubahan positif, dan memenuhi keperluan pengguna Xiaomi 11T Series.

Sebagai lanjutan berterusan komitmen kepada pengguna, Xiaomi memperluas kitaran hidup telefon pintar Xiaomi dengan memastikan tiga generasi kemas kini sistem operasi Android.

Dengan cara ini, pengguna dapat memilih untuk menggunakan peranti semasa mereka untuk jangka masa yang lebih lama, dan menikmati ciri  terkini bersamanya.

Pada masa yang sama, Xiaomi juga akan memberikan kemas kini keselamatan kepada pengguna yang memastikan peranti mereka beroperasi dengan selamat untuk jangka waktu yang lebih lama.

Xiaomi juga akan menilai kemungkinan membawa  liputan Android yang sama seperti pada Xiaomi 11T Series ini ke lebih banyak peranti Xiaomi.

Majlis pelancaran Xiaomi 11T Series akan berlangsung pada 15 September pada jam 8 malam.

Saksikan siaran langsung di Facebook Xiaomi Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.