Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 13 dan iPhone 13 Mini dilancarkan dengan cip A15 Bionic, Kamera Sensor-Shift OIS pada harga dari RM 3,399


Apple secara rasminya telah melancarkan generasi baharu iPhone yang dikenali sebagai Apple iPhone 13 dan seperti diduga ianya tampil dengan 4 model yang menarik.

Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max kini rasmi dengan skrin Retina XDR ProMotion 120Hz dan fotografi makro pada harga dari RM 4,899

Kesemua model Apple iPhone 13 Series ini hadir dengan reka bentuk yang lebih kurang sama dengan generasi sebelum ini namun ianya menampilkan ruang takukan TouchID yang lebih kecil.

Apple iPhone 13 & Apple iPhone 13 Mini

Apple iPhone 13 dan Apple iPhone 13 Mini tampil dengan skrin paparan Super Retina XDR berukuran 6.1-inci dan 5.4-inci dengan kecerahan yang lebih tinggi.

Pada bahagian cipset, Apple iPhone 13 dan iPhone 13 Mini hadir dengan pemproses A15 Bionic yang menawarkan 50% pretasi CPU dan 30% lebih pantas berbanding pencabar.


Beralih kepada kamera pula, Apple iPhone 13 dan iPhone 13 Mini tampil dengan tetapan dwi-kamera  terbaik pada iPhone iaitu dengan penggunaan 2 sensor 12MP yang turut memiliki teknologi penstabilan Sensor Shift OIS.

Antar ciri kamera terbaru pada Apple iPhone 13 dan iPhone 13 Mini adalah mod Cinematic, Slo-mo Selfie, mod malam pada kedua-dua sensor, night-mode time lapse dan rakaman video 4K60 HDR dengan Dolby Atmos.


Beralih kepada bateri, Apple tidak mendedahkan kapasiti bateri iPhone 13 dan iPhone 13 Mini namun ianya mendakwa bahawa iPhone 13 mampu menawarkan penggunaan sehingga 2.5 jam lebih lama berbanding iPhone 12 manakala iPhone 13 Mini adalah 1.5 jam lebih lama berbanding iPhone 12 Mini.

Bercakap mengenai storan, Apple iPhone 13 dan iPhone 13 Mini akan hadir dengan storan permulaan 128GB diikuti storan 256GB dan 512GB.

Apple iPhone 13 dan iPhone 13 Mini akan ditawarkan didalam 5 warna iaitu Pink, Blue, Midnight, Starlight dan Product Red.


Apple Malaysia juga telah mengesahkan bahawa pra-tempahan iPhone 13 dan iPhone 13 Mini akan dibuka pada 1 October sebelum jualan bermula pada 8 Oktober 2021.

Berikut adalah harga Apple iPhone 13 dan iPhone 13 Mini di Malaysia :

Apple iPhone 13 Mini 128GB – RM 3,399

Apple iPhone 13 Mini 256GB – RM 3,899

Apple iPhone 13 Mini 512GB – RM 4,799

Apple iPhone 13 128GB – RM 3,899

Apple iPhone 13 256GB – RM 4,399

Apple iPhone 13 512GB – RM 5,299

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.