Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco M3 Pro 5G kini rasmi di Malaysia – harga promosi eksklusif di Shopee serendah RM 599 sahaja

Poco Malaysia secara rasminya telah melancarkan Poco M3 Pro 5G yang ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 699 sahaja.

Poco M3 Pro 5G telah dilancarkan di pasaran global pada 19 Mei yang lalu dan kini ianya ditawarkan kepada peminat Poco di Malaysia.

Poco M3 Pro 5G hadir dengan cip 7nm kelas flagship iaitu Dimensity 700 dengan GPU Mali G58.

Cip keluaran MediaTek ini juga dipadankan dengan dua pilihan RAM iaitu 4GB atau 6GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman 64GB atau 128GB (UFS2.2).

Beralih kepada skrin, Poco M3 Pro 5G hadir dengan skrin paparan LCD 90Hz berukuran 6.5-inci yang memiliki resolusi FHD+ dan terdapat ciri kadar segar semula Dynamic Switch antara 30Hz-90Hz.

Panel skrin ini juga dilindungi dengan lapisan gelas Corning Gorilla Glass 3.

Poco M3 Pro 5G inj juga hadir dengan tetapan kamera yang sama seperti Poco M3 iaitu sensor utama 48MP, sensor makro 2MP, sensor depth 2MP dan kamera selfie 8MP yang juga boleh digunakan untuk Face Unlock.


Pada bahagian bateri pula, Poco M3 Pro 5G hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 18W dan ianya disertakan dengan adapter 22.5W.

Lain-lain ciri yang dimiliki Poco M3 Pro 5G adalah slot microSD, bicu audio 3.5mm, FM radio, sensor IR blaster, sensor capjari sisi dan MIUI 12 yang berasaskan Android 11.

Poco M3 Pro 5G ini akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu POCO Yellow, Power Black dan Cool Blue.

Harga dan Promosi First Sale

Poco M3 Pro 5G akan ditawarkan didalam dua varian iaitu versi 4/64GB pada harga RM 699 dan versi 6/128GB pada harga RM 799 dengan pembelian boleh dibuat secara eksklusif di Shopee.

Walaubagaimanapun, Poco juga telah mengumumkan Poco M3 Pro 5G akan ditawarkan dengan harga istimewa pada 6 hingga 7 Jun ini iaitu hanya RM 599 bagi versi 4/64GB dan RM 699 bagi versi 6/128GB.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.