Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

POCO F6 dilancarkan secara rasmi dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 – harga sekitar RM 1,559

Selain POCO F6 Pro, POCO juga telah melancarkan POCO F6 pada pelancaran produk global POCO di Dubai sebentar tadi.

POCO F6 memiliki skrin paparan CrystalRes+ 120Hz Flow AMOLED berukuran 6.67-inci yang memiliki resolusi 1.5K dengan kecerahan maksima 5,000nits. Ianya dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 3 bersama 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Selain itu, POCO F6 juga hadir dengan sistem kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP dengan OIS, dan sensor ultrawide 8MP . Kamera selfie adalah 20MP.

Seterusnya, POCO F6 hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 90W Turbo Charging, , Xiaomi HyperOS, penarafan kalis dan habuk IP64, pembesar suara stereo, IR Blaster dan NFC.

POCO F6 akan ditawarkan di Malaysia mulai 23 Mei ini pada harga pembelian terawal iaitu RM 1,559 bagi versi 8/256GB dan RM 1,699 bagi versi 12/512GB.

Dapatkan POCO F6 Pro dan POCO F6 di mi.com dan stor rasmi POCO di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.