Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kerajaan sasar lebih 300,000 dos vaksin sehari menjelang Julai 2021 dengan pembukaan PPV Mega dan Swasta

Kerajaan sasar lebih 300,000 dos vaksin sehari menjelang Julai 2021 dengan pembukaan PPV Mega dan Swasta 1

Kerajaan sasar lebih 300,000 dos vaksin sehari menjelang Julai 2021 dengan pembukaan PPV Mega dan Swasta 2

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata bahawa program vaksinasi kebangsaan akan dipercepatkan dengan kadar penerima suntikan mencapai angka 300,000 orang sehari menjelang bulan Julai 2021 (jumlah semasa dikatakan adalah 100,000 orang sehari).

Selain itu, hasil rundingan semula dengan syarikat pembekal vaksin Covid-19 untuk mempercepatkan penghantaran bekalan vaksin dan hasil daripada rundingan ini, Sinovac telah bersetuju untuk menyelesaikan keseluruhan tempahan 12 juta dos sebelum penghujung Julai 2021.

Dalam pada itu, Pfizer pula akan menhantar 25 juta dos didalam suku ketiga tahun ini dan Khairy juga berkata bahawa badan regulatori farmasi negara (NPRA) juga sedang membuat penilaian ke atas vaskin daripada syarikat CanSino.

Kerajaan sasar lebih 300,000 dos vaksin sehari menjelang Julai 2021 dengan pembukaan PPV Mega dan Swasta 3

Selain itu pembukaan PPV Mega  di Pusat Konvensyen The Mines, UiTM Puncak Alam, Pusat Konvensyen Setia City, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur & Kawasan Luar Stadium Bukit Jalil juga akan mempercepatkan lagi proses vaksinasi ini dengan kadar pemberian vaksin pada setiap PPV mega adalah 5,000 hingga 10,000 suntikan sehari.

Selain itu, Mega PPV juga sedang dikenali pasti di P. Pinang, Johor & Sarawak.

Kerajaan sasar lebih 300,000 dos vaksin sehari menjelang Julai 2021 dengan pembukaan PPV Mega dan Swasta 4
Seterusnya, PPV Swasta juga telah mula beroperasi dan akan ditambah dengan sasaran 1,000 PPV Klinik Swasta menjelang penghujung bulan Jun dan beberapa PPV Pandu Lalu juga akan dibuka untuk akses vaksinasi yang lebih mudah.

Selain itu, Khairy juga berkata bahawa pasukan jangkaun luar atau mobile outreach team untuk memberikan vaksin kepada pusat jagaan warga emas dan OKU, kampung-kampung, pusat perlindungan gelandangan, kampung orang asli dan kawasan pedalaman.

Akhir sekali, Khairy juga berkata bahawa vaksinasi bagi bagi industri dan sektor ekonomi yang beroperasi sepanjang tempoh PKP.

Sepanjang tempoh PKP ini, mari kita menjalankan tanggungjawab bersama untuk memerangi penularan wabak Covid-19 didalam komuniti dengan mematuhi SOP dan kekal selamat didalam rumah.

Daftar untuk Vaksin Covid-19 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.